TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: 2015

BERDIKARI ITU PERLU

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Setelah 2 tahun berada di UKM, dalam jurusan Teknologi Kimia ni pastinya banyak ups and down kan? Normal laa lumrah kehidupan. Tak colorful lah kalau life kita asyik warna yang sama kan? #InsideOut haha
Okay, actually post kali ni nak bagi tips dan a bit nasihat lah untuk yang baru nak menjalani kehidupan di Universiti. Orang kata kat U ni memang kena berdikari. Yes! Exactly! Memang kena berdikari. BERDIKARI. Berdikari dari segi apa? Meh nak cerita. Faham dan telan tau.


1. Berdikari dengan masa
Masa ni emas kan? Korang tak boleh nak harapkan masa tu berputar balik. Jadi, korang kena siapkan assignment, tugasan semua sendiri by the time. Kena pandai uruskan masa. Kalau tak, serious akan jadi serabut macam Fatin last sem. Haha sampai pointer pun jatuh. Okay, tu pengajaran untuk kita semua. Ambil iktibar okay?


2. Berdikari dengan diri sendiri
Jangan lah selalu sangat harap kawan kawan korang dapat bersama korang all the time. Sebab apa? Ye lah, dorang pun ada life dorang sendiri. Ada hal sendiri. Kalau korang nak settle kan something. Try do by your own. Sebab nanti dah kerja, kau kena gerak sorang jugak. Kan? So be independent!


3. Berdikari dengan keyakinan
Haa yang ni ramai yang susah nak capai. Berdikari dengan keyakinan kita boleh lihat bila presentation. Korang jangan terlalu takut bila berdiri dihadapan sensorang sebab nanti masa viva pun korang kena berdiri kat depan present berseorangan. Janganlah nak harapkan kawan korang teman korang masa presentation sebab kadang kawan korang tu pun takut jugak. Gementar. Jadi, ambil keyakinan tu. Grab it! Sebab nanti dah kerja baru ada boss nak bawa masuk bilik meeting kan? 








Setakat ni, tu je lah rasanya point of berdikari ni. Jadi, memang ketiga-tiga point ni korang kena ada bila berada di Universiti. Kalau tak ada, takut korang jadi katak dalam tempurung. Takut juga korang dipulaukan dan tak jadi kesayangan lecturer. Sama-sama lah kita capai ketiga-tiga berdikari tadi untuk kekal gigih dan berjaya di Universiti :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Ibu Putih Collagen Drink (IPCD)

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Hai korang. Pernah dengar tak Ibu Putih collagen Drink? Yes, minuman collagen yang berperisa COKLAT! Yummy! Fatin sure mesti ramai yang nak putih, cantik, kurus tapi suka coklat. Kan? Okay, Fatin nak perkenalkan produk IPCD ni. Fatin sendiri guna IPCD ni. Alhamdulillah berat masih maintain, dan kulit semakin cerah! Serious. Tak percaya? Boleh scroll lagi untuk tengok testimoni Fatin buat sendiri.
 (packaging lama harga lama)

(packaging baru)



Kelebihan Ibu Putih Collagen Drink
  • Tona kulit lebih sekata
  • Menghilangkan parut serta bintik hitam
  • Mengecilkan pori
  • Kulit lebih segar
  • Merawat kulit yang berminyak
  • Membantu mengurangkan gejala resdung (berdasarkan pengalaman sendiri)
  • Membekalkan tenaga
  • Mengurangkan kolestrol dan toksin dalam badan
  • Mengempiskan perut buncit
Cara Penggunaan Ibu Putih Collagen Drink

Bancuh 2 scope (disediakan) bersama dengan 100mL air suam.
Diminum sebelum sarapan semasa perut kosong dan sebelum tidur.
Boleh diamalkan sekali atau dua kali sehari

Testimoni
 (testimoni sendiri)

(testimoni dari salah seorang customer selama 5 HARI SAHAJA!)

Anda berminat? Jangan risau, boleh dapatkan Ibu Putih Collagen Drink (IPCD) dari Fatin sendiri. Hanya perlu whatsapp 017-6635517 untuk dapatkan maklumat lanjut.



Harga: RM60 (sm) // RM65 (ss)
NO COD
FREE POSTAGE

Inginkan TIPS? Jangan risau, Fatin akan beri TIPS yang berkesan kepada pelanggan Fatin apabila sudah membeli IPCD.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom whatsapp Fatin sekarang!!!
017-6635517


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

STORY LINE

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Lama juga lah saya tak update blog ni. Dah bersarang dah. Semua serangga ada dah dalam blog ni. Haha ohh ya. Tajuk tentang story line. STORY LINE? Story line apa? Ohh sebab ramai yang cakap "untunglah masuk UKM" "untunglah dapat matrik" "untunglah...untunglah...untu...k STOP!" 

Tak payah nak cakap untung berulang kali dekat orang sebab kita pun ada keuntungan kita sendiri. Tak percaya? Pergi dekat cermin, I mean cermin besar. BESAR. Then lihat pada masa lalu. Cari pencapaian kita yang pernah kita buat. Tak ada? Jangan tipu, dosa nanti. Hahaha takkan korang tak pernah ada peningkatan dalam pelajaran? Atau korang nak buat sesuatu yang sukar, tapi korang dapat lakukannya. Apa-apa je lah. Turunkan berat badan ke, tolong orang ke, apa-apa perkara baik yang korang pernah capai lah. Mesti ada kan? So stop nak merendahkan diri sangat sampai bawah tanah. Tak bernafas korang nanti. Chill okay!

Okay, ada yang tanya "SPM kau berapa A? Mesti gempak kan sebab kau masuk course Kimia." Okay, serious sedih juga lah bila orang tanya result SPM. Sebab apa? Ye lah, majoriti yang ambil subjek Kimia atau basic sains kat UKM ni 4A dan keatas. Ada tu pulak budak MRSM lah, asrama apa-apa lah. Saya? Sekolah biasa dan hanya 3A je. 3A je bro! Dah lah 3A, ada 3C pulak tu. Sedih tak sedih? Haha tapi saya positif kan diri kata benda dah lama, so chill je lah. Masa tu bukan rezeki kita kan.

Dan bila result 3A 3B 3C tu dapat matrikulasi, ye MATRIKULASI. Setahun pulak tu kan. Adalah yang cakap "3A pun boleh masuk matrik eh?" "Ada C dah boleh masuk matrik ke?" "Eleh, kau masuk sana nanti confirm sebulan kau dah give up." pergh! Pergh! Pergh! Padu semua kenyataan. Haha tapi sebab Fatin is seorang yang tak mudah putus asa dan pantang dicabar, saya stay je lah KMPP tu dengan se-redha-redha-nya apa yang akan berlaku. Orang kata follow the flow. Masa tu tak nampak lagi hala tuju untuk degree. Ye lah, masuk KMPP pun sebab fikir mungkin yang terbaik. Masa tu saya ada 2 pilihan PSA atau KMPP. Dan Allah gerakkan hati untuk terima KMPP. Jadi, mungkin itu yang terbaik.

Mungkin sebab Allah nak tunjuk yang jalanNya sangatlah bermakna dan cantik, alhamdulillah result saya okay. Berapa? Okay jujur lepas lah 3.5. Tu je saya boleh bagi tau. Ni bukanlah nak riak atau apa sekali pun. Cuma nak buka mata semua, terutamanya pelajar lepasan SPM. Result yang kita dapat tu, bukan penentu masa depan kita. Kenapa? Ye la, yang menentukan masa depan kita tu usaha dan keizinan Allah dalam sesuatu perkara. Okay, bayangkan kalau anda semua dapat keputusan 7A atau 8A. Tapi bila dah grad duduk rumah habis kan duit mak ayah. Lepak sana sini. Berjaya kah kita? Fikir-fikirkan lah. Sebelum nak murung atau apa sekali pun lepas dapat result, fikir "Rezeki kita untuk cemerlang Allah masih simpan. Belum masanya lagi." Percayalah pada perancangan Allah. Kalau kita yakin pada Allah, insyaAllah semuanya positif. Sebab perancangan Allah itu sentiasa positif.

Dan maka sebab itulah, mungkin saya berada di UKM dalam jurusan Kimia dan tahun ni masuklah sem 2 tahun 2 di UKM yang gilang gemilang ni. Kenapa Kimia? Okay, next post insyaAllah. 

Semoga entry kali ni dapat membangunkan semangat adik adik yang nak ambil keputusan SPM tak lama lagi. Good luck and semoga Allah merahmati kalian. InsyaAllah. Assalam :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !