TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: November 2013

JEMPUTAN KE "edufest" di DECTAR, UKM BANGI

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Hari ni saya nak menjemput korang semua untuk datang ke DECTAR UKM pada 15/12/2013. (di BANGI tau...) Akan ada satu program yang kita namakan "edufest". Seperti yang korang dapat lihat pada poster di atas, ada 4 orang jemputan luar kita panggil. Antaranya Amin Idris, Heliza Helmi, Ust. Haslin Bollywood dan Dr. Zaharuddin. Korangmesti sangka yang ni sekadar program motivasi kan? Anda salah... Dalam kita buat program motivasi, mestilah kena ada aktiviti lain jugak kan? Maka dengan itu, kami mengadakan aktiviti cabutan bertuah untuk hadirin yang hadir. InsyaAllah hadiahnya juga pasti menarik. Kalau nak tahu apa hadiahnya, kena lah datang ke DECTAR pada Ahad ni.

Jangan lepaskan peluang. Peluang hanya sekali. Ini terbuka kepada semua. Pembaca blog Fatin pun boleh datang join. Sediakan RM20, insyaAllah anda dapat ikuti program ni. Semoga Allah permudahkan segalanya :)



THANKS SUDI MEMBACA ^.^

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PILIHAN SAYA!

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Lama sudah saya tak update blog kan? Adalah dalam 4 hingga 5 bulan. Almaklumlah dah bergelar seorang Mahasiswi kan. Agak sibuk sikit lah dengan assignment, perjumpaan sana sini. Tapi, hari ni saya berkeras hati jugak nak update blog. Tak nak bagi blog saya ni kusam sangat. Nanti tak menarik pulak bila orang buka benda yang sama je muncul. Dah macam stick post pulak kan. Haha so now jom update pasal tempat saya study pulak. UKM Bangi.



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau nama english dia The National University of Malaysia. Universiti ni ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utama UKM ni dekat Bandar Baru Bangi which is tempat saya study sekarang. Sekarang ni UKM ada 3 kampus. Kampus Bangi, Kampus Cheras dan Kampus KL.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Bhd. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan (Research University, RU). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.

Seperti apa yang korang tahu, UKM ni memang mementingkan Bahasa Melayu. Sampaikan Teknik Matematik dan Mikrokomputer pun dalam BM. Mulanya memang agak sukar nak bawa benda baru kan sebab kita hidup dengan Math dalam BI ni dah dekat 4 tahun. Tiba-tiba BM. Agak merangkak, tapi sebagai warganegara Malaysia kita kena martabatkan Bahasa kebangsaan kita kan? Jadi, saya dengan berlapang hatinya cuba untuk belajar dalam bahasa Melayu ni. Even susah, tapi insyaAllah senang suatu hari nanti :)

Di UKM kampus Bangi ada 10 Kolej kediaman kalau tak salah saya lah. Saya menetap di Kolej Aminuddin Baki yang mana antara kolej terawal dibina. Nama kolej ni di ambil bersempena dengan nama bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia", Aminuddin Baki. Nak pendekkan cerita beliau sangat educated dan berkepimpinan tinggi.

Saya di UKM ni ambil kursus Ijazah Sarjanamuda Sains dengan kepujian (Teknologi Kimia) atau nak paling ringkas Teknologi Kimia. Course ni di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM) dan Pusat Pengajian ini di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Mula-mula nak faham struktur benda ni agak pening sikit. Tapi after 4 bulan duduk kat sini alhamdulillah faham jugak akhirnya. Haha

UKM ni juga menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Universiti terkenal kan, siapa yang tak minat nak masuk. Sila-sila lah daftar sebagai mahasiswa/mahasiswi di UKM ni. Tak sia-sia. Asalkan rajin belajar :)
Aktiviti kat sini pun best-best. Kalau korang aktif, ada peluang tau muka korang nak masuk majalah atau surat khabar. Haha

Result kena tinggi? Yeah. Tu mestilah kalau nak selamat. Tapi, kalau ada rezeki tu dapat je walaupun pointer biasa-biasa. Kat sini kita mula hidup baru. Bukan macam hidup waktu zaman sekolah dan Matrikulasi. Semua berdikari dan semua benda baru. Result yang lepas tu jangan dikenang. Move forward. jadi, kepada adik-adik yang baru lepas SPM tu, jangan lupa letak UKM choice pertama tau. Yang lepasan STPM tu pun sama. Boleh jumpa saya. Wink ~.^

Selamat menjalani dunia baru dan good luck untuk pembaca semua.


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !