TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PILIHAN SAYA!

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PILIHAN SAYA!

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Lama sudah saya tak update blog kan? Adalah dalam 4 hingga 5 bulan. Almaklumlah dah bergelar seorang Mahasiswi kan. Agak sibuk sikit lah dengan assignment, perjumpaan sana sini. Tapi, hari ni saya berkeras hati jugak nak update blog. Tak nak bagi blog saya ni kusam sangat. Nanti tak menarik pulak bila orang buka benda yang sama je muncul. Dah macam stick post pulak kan. Haha so now jom update pasal tempat saya study pulak. UKM Bangi.



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau nama english dia The National University of Malaysia. Universiti ni ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utama UKM ni dekat Bandar Baru Bangi which is tempat saya study sekarang. Sekarang ni UKM ada 3 kampus. Kampus Bangi, Kampus Cheras dan Kampus KL.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Bhd. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan (Research University, RU). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.

Seperti apa yang korang tahu, UKM ni memang mementingkan Bahasa Melayu. Sampaikan Teknik Matematik dan Mikrokomputer pun dalam BM. Mulanya memang agak sukar nak bawa benda baru kan sebab kita hidup dengan Math dalam BI ni dah dekat 4 tahun. Tiba-tiba BM. Agak merangkak, tapi sebagai warganegara Malaysia kita kena martabatkan Bahasa kebangsaan kita kan? Jadi, saya dengan berlapang hatinya cuba untuk belajar dalam bahasa Melayu ni. Even susah, tapi insyaAllah senang suatu hari nanti :)

Di UKM kampus Bangi ada 10 Kolej kediaman kalau tak salah saya lah. Saya menetap di Kolej Aminuddin Baki yang mana antara kolej terawal dibina. Nama kolej ni di ambil bersempena dengan nama bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia", Aminuddin Baki. Nak pendekkan cerita beliau sangat educated dan berkepimpinan tinggi.

Saya di UKM ni ambil kursus Ijazah Sarjanamuda Sains dengan kepujian (Teknologi Kimia) atau nak paling ringkas Teknologi Kimia. Course ni di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM) dan Pusat Pengajian ini di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Mula-mula nak faham struktur benda ni agak pening sikit. Tapi after 4 bulan duduk kat sini alhamdulillah faham jugak akhirnya. Haha

UKM ni juga menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Universiti terkenal kan, siapa yang tak minat nak masuk. Sila-sila lah daftar sebagai mahasiswa/mahasiswi di UKM ni. Tak sia-sia. Asalkan rajin belajar :)
Aktiviti kat sini pun best-best. Kalau korang aktif, ada peluang tau muka korang nak masuk majalah atau surat khabar. Haha

Result kena tinggi? Yeah. Tu mestilah kalau nak selamat. Tapi, kalau ada rezeki tu dapat je walaupun pointer biasa-biasa. Kat sini kita mula hidup baru. Bukan macam hidup waktu zaman sekolah dan Matrikulasi. Semua berdikari dan semua benda baru. Result yang lepas tu jangan dikenang. Move forward. jadi, kepada adik-adik yang baru lepas SPM tu, jangan lupa letak UKM choice pertama tau. Yang lepasan STPM tu pun sama. Boleh jumpa saya. Wink ~.^

Selamat menjalani dunia baru dan good luck untuk pembaca semua.


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

17 00 orang nak cakap:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanye, semua kos kat ukm belajar dalam bahasa melayu ke? Tapi buku rujukan dlm bahasa inggeris? Macam mane pulak dengan presentation? Kena cakap melayu jugak? And lagi satu, boleh ke pakai jeans pegi kelas? Heee sorry byk tanye :)

Atyn PhotoLover said...

@Anonymous waalaikumussalam. Tak semua. Math je dalam BM. Subjek lain BI. Yup buku rujukan BI. Presentation depends on subject. Ada english ada BM. Kalau science subject all presentation in English. Jeans? Of course boleh. Haha ni U, bukan lagi Matrik atau sekolah :)

Anonymous said...

Ohh tapi saye bace etika berpakaian ukm tak boleh pakai jeans? Atau tu peraturan lame?

Anonymous said...

Kos psikologi dikira subjek sains ke? Jadi belajar dalam english? Lecturer semua memang speaking english ke? Kate ukm, tapi macam banyak je pakai bahasa inggeris... btw betul ke boleh pakai jeans. Sbb ramai ckp x boleh?

Atyn PhotoLover said...

@Anonymous psikologi ke? Rasanya Psikologi UKM KL. Takut rules UKM KL lain dgn UKM Bangi. Sbb lecturemates ramai je yang pakai jeans. Especially lelaki. Pakai T-shirt je pun ada. Saya UKM Bangi. So takut tak sama dgn UKM KL. Yup. It was science course. Dalam BI rasanya subjek dia.

sarahnmf said...

salam, nak tanya, boleh ke kita pilih sama ada nak pangsasiswa,pangsarama atau asrama, atau ukm pilihkan? thanks.

Atyn PhotoLover said...

1st year dia tetapkan. 2nd year baru boleh pilih.

Nurul Aina said...

Assalamualaikum, may I ask something? is it really true that all science subjects in ukm are taught in english? sorry but I just want to reconfirm since it's already 2015 :) I'm planning to take dietetic/food science there but i'm too afraid if i were asked to learn it in malay.

Atyn PhotoLover said...

@Nurul Aina sorry for late reply. It just in certain subject that you have to learn in Malay. Don't worry. Everything in English. For food science the subject that you have to learn in Malay is just Keusahawanan, periagaan or something to Economics subject. Science subject mostly in English.

Syazana Latiff said...

Assalamualaikum. Kos sains sekitaran and farmasi dekat cawangan UKM yang mana ya? UKM bangi ke?

Atyn PhotoLover said...

@Syazana Latiff waalaikumussalam. UKM Bangi.

Unknown said...

Hi, may I know the pure science courses like mathematics,... Is learned in Malay or English,? Thk you

Ain Syamsiah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Syamsiah said...

Assalamualaikum, nak tanyaa boleh? Nanti lepas grad boleh kerja bahagian apa je ye ?

Ain Syamsiah said...

Assalamualaikum, nak tanyaa boleh? Nanti lepas grad boleh kerja bahagian apa je ye ?

kanakkanak said...

Saya nak tnya. Teknologi kimia dalam bahasa melayu jugak ke

kanakkanak said...

Saya nak tnya. Teknologi kimia dalam bahasa melayu jugak ke

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !