TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: STORY LINE

STORY LINE

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Lama juga lah saya tak update blog ni. Dah bersarang dah. Semua serangga ada dah dalam blog ni. Haha ohh ya. Tajuk tentang story line. STORY LINE? Story line apa? Ohh sebab ramai yang cakap "untunglah masuk UKM" "untunglah dapat matrik" "untunglah...untunglah...untu...k STOP!" 

Tak payah nak cakap untung berulang kali dekat orang sebab kita pun ada keuntungan kita sendiri. Tak percaya? Pergi dekat cermin, I mean cermin besar. BESAR. Then lihat pada masa lalu. Cari pencapaian kita yang pernah kita buat. Tak ada? Jangan tipu, dosa nanti. Hahaha takkan korang tak pernah ada peningkatan dalam pelajaran? Atau korang nak buat sesuatu yang sukar, tapi korang dapat lakukannya. Apa-apa je lah. Turunkan berat badan ke, tolong orang ke, apa-apa perkara baik yang korang pernah capai lah. Mesti ada kan? So stop nak merendahkan diri sangat sampai bawah tanah. Tak bernafas korang nanti. Chill okay!

Okay, ada yang tanya "SPM kau berapa A? Mesti gempak kan sebab kau masuk course Kimia." Okay, serious sedih juga lah bila orang tanya result SPM. Sebab apa? Ye lah, majoriti yang ambil subjek Kimia atau basic sains kat UKM ni 4A dan keatas. Ada tu pulak budak MRSM lah, asrama apa-apa lah. Saya? Sekolah biasa dan hanya 3A je. 3A je bro! Dah lah 3A, ada 3C pulak tu. Sedih tak sedih? Haha tapi saya positif kan diri kata benda dah lama, so chill je lah. Masa tu bukan rezeki kita kan.

Dan bila result 3A 3B 3C tu dapat matrikulasi, ye MATRIKULASI. Setahun pulak tu kan. Adalah yang cakap "3A pun boleh masuk matrik eh?" "Ada C dah boleh masuk matrik ke?" "Eleh, kau masuk sana nanti confirm sebulan kau dah give up." pergh! Pergh! Pergh! Padu semua kenyataan. Haha tapi sebab Fatin is seorang yang tak mudah putus asa dan pantang dicabar, saya stay je lah KMPP tu dengan se-redha-redha-nya apa yang akan berlaku. Orang kata follow the flow. Masa tu tak nampak lagi hala tuju untuk degree. Ye lah, masuk KMPP pun sebab fikir mungkin yang terbaik. Masa tu saya ada 2 pilihan PSA atau KMPP. Dan Allah gerakkan hati untuk terima KMPP. Jadi, mungkin itu yang terbaik.

Mungkin sebab Allah nak tunjuk yang jalanNya sangatlah bermakna dan cantik, alhamdulillah result saya okay. Berapa? Okay jujur lepas lah 3.5. Tu je saya boleh bagi tau. Ni bukanlah nak riak atau apa sekali pun. Cuma nak buka mata semua, terutamanya pelajar lepasan SPM. Result yang kita dapat tu, bukan penentu masa depan kita. Kenapa? Ye la, yang menentukan masa depan kita tu usaha dan keizinan Allah dalam sesuatu perkara. Okay, bayangkan kalau anda semua dapat keputusan 7A atau 8A. Tapi bila dah grad duduk rumah habis kan duit mak ayah. Lepak sana sini. Berjaya kah kita? Fikir-fikirkan lah. Sebelum nak murung atau apa sekali pun lepas dapat result, fikir "Rezeki kita untuk cemerlang Allah masih simpan. Belum masanya lagi." Percayalah pada perancangan Allah. Kalau kita yakin pada Allah, insyaAllah semuanya positif. Sebab perancangan Allah itu sentiasa positif.

Dan maka sebab itulah, mungkin saya berada di UKM dalam jurusan Kimia dan tahun ni masuklah sem 2 tahun 2 di UKM yang gilang gemilang ni. Kenapa Kimia? Okay, next post insyaAllah. 

Semoga entry kali ni dapat membangunkan semangat adik adik yang nak ambil keputusan SPM tak lama lagi. Good luck and semoga Allah merahmati kalian. InsyaAllah. Assalam :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

2 00 orang nak cakap:

ahmad said...

Aah dah bersarang lama x update kan..
Ooo 3.5.. Hebat3.. Tahniah...

Atyn PhotoLover said...

@ahmad alhamdulillah tapi tu cerita lama. Haha

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !