Kali ni saya nak kongsi tips cara untuk menguatkan ingatan. Ramai yang bersungguh-sungguh study tapi bila nak jawab soalan jadi blur~~~~ Bila dalam class, apa yang cikgu ajar pergh! On the spot boleh jawab but bila exam. (....) Ada banyak sebab kenapa jadi macam tu. One of them adalah sebab kita lupa apa yang kita baca dan kita belajar. Sebab yang lain pula sebab kita memang tak faham soalan tu. Saya faham sebab saya pun macam tu dulu. But since masuk matrikulasi I got that tips. Lecturer Chemistry saya yang ajar. Kalau korang nak tau, adik-adik nak tau, tips ni sangat berkesan. Percayalah. Jadi, di sini saya bentangkan tips-tips untuk menguatkan ingatan kita. harap baca sampai habis :)
1. Baca Al-Quran
Membaca al-Quran bukan sahaja dapat memantapkan iman, dapat pahala, malah ia dapat menguatkan ingatan kita. Secara dalamannya, bila kita baca al-Quran hati kita akan tenang dan mata kita akan suci bila lihat ayat-ayat al-Quran seperti itu. Sekali gus kita dapat dekatkan diri dengan Allah. Macam dalam 'tips untuk cemerlang dalam exam' yang saya post hari tu ada saya nyatakan bahawa salah satu tips adalah dekatkan diri dengan Allah. And here the point. Bacalah al-Quran walaupun satu muka surat sehari. Jangan tak baca langsung :)
2. Elakkan melihat perkara haram
Yang ni ramai lepas pandang. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan kawan-kawan, tolong ambil PERHATIAN dalam point ke-2 ni ye. Sekali awak tengok benda 'LUCAH', percayalah awak akan lupa terus apa yang awak belajar sekaligus boleh merosakkan iman. Bukan setakat benda lucah, aurat orang pun. Bukannya saya suka-suka nak kata. Tapi ini berdasarkan pemerhatian. Lihat orang yang suka tengok cerita 'blue' *maaf saya katakan* berapa ramai yang berjaya? Dan orang yang berjaya pasti dirinya dekat dengan Allah. Aurat orang pun tak boleh tengok ke? Yes. Itu berdasarkan pengalaman saya sendiri. Maaf, saya juga manusia biasa. Tapi bukan yang 'tu' ni pasal lain. Okay, saya peminat korea. Saya ada je simpan mana-mana v-song korea ni. Memandangkan saya ni perempuan, aurat perempuan dengan perempuan pusat hingga lutut. Jadi kalau dalam video tu mana ada yang pakai skirt bawah dari lutut, semuanya atas lutut. Masa saya tengok v-song dorang tu, serious kalau nak ingat balik apa yang lecturer ajar, susah sangat. Percayalah.
3. Berus gigi sebelum mula study
Eh eh, berus gigi pun salah satu cara nak kuatkan ingatan? Ye, sebab kita nak study ni kena sentiasa 'fresh' baru masuk dalam kepala otak kan? So thats why lah berus gigi sebelum study. Trust me, korang akan rasa selesa nak study.
4. Jangan terlalu berangan-angan
Nak berangan-angan tu boleh, tapi jangan melampau sangat. Pagi petang siang malam nak berangan je. Kerja langsung tak jalan. Pegang kata-kata ni, "don't dreaming to get something, but you must do something to make your dream become reality". Fahamkan? Okay good :)
Setakat ni je yang mampu saya taip. Kalau ada lagi tips, saya akan kongsikan. Kalau nak tau macam mana nak cemerlang dalam exam, jom baca kat SINI :)
THANKS SUDI MEMBACA ^.^
2
00 orang nak cakap:
Anonymous
said...
alhamdulillah.. terima kasih sudi kongsi tips ini. ada perkara yang saya terlepas pandang. insyallah. sama-sama perbaiki diri...
2 00 orang nak cakap:
alhamdulillah.. terima kasih sudi kongsi tips ini. ada perkara yang saya terlepas pandang. insyallah. sama-sama perbaiki diri...
@Sheila Eiman alhamdulilla, syukran. Sama2 perbaiki. Aamiin :)
Post a Comment