TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: TIPS: CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

TIPS: CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Kali ni saya nak share TIPS untuk cemerlang. Mungkin tak semua akan cemerlang seperti orang lain. Tapi percayalah kecemerlangan itu berhak atas sesiapa sahaja yang berusaha. Allah dah janjikan dalam al-Quran. Siapa yang berusaha, Allah akan beri ganjaran. So, kalau nak cemerlang, kena ada usaha. Membaca tips yang akan dikongsikan ini juga sebahagian dari usaha tau. Jadi, keep ready ye :)

1. Ulangkaji pelajaran

Jangan study last minute. Maksud 'last minute' kat sini adalah study seminggu sebelum exam. Sepatutnya, dalam masa sebulan sebelum exam tu kita bukan study, tapi ulangkaji. Eh, bukan sama ke? Nampak sama, tapi sebenarnya lain. Study tu kita baru nak tercari-cari apa yang kita belajar. Kalau ulangkaji ni kita fahamkan dan mantapkan lagi pemahaman kita tentang sesuatu topik. Ulangkaji last minute lagi bagus dari study last minute. Harap korang faham apa maksudnya okay :)

2. Focus dalam kelas

Bagi pelajar sekolah, anda dinasihatkan untuk tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Kalau tak boleh, ambil kelas tambahan dan beri perhatian dalam kelas tambahan tersebut. Kalau dua-dua adik-adik tak focus, adik akan rasa study ni susah. Percayalah cakap akak. Bagi college student macam saya ni pula, pastikan tumpu perhatian dalam kuliah. Kalau tak boleh, tutorial ataupun tumpukan perhatian bila study sendiri. Ada yang tak faham, guru-guru sedia membantu.

3. Jalinkan hubungan baik dengan guru

Haaa, yang ni sangat sangat sangat penting. Kenapa? Adik-adik dan rakan sebaya, percayalah hubungan baik dengan guru atau lecturer dapat membantu dalam pemarkahan tau. Okay, yang tu bagi budak college macam saya je lah kot. Apa gunanya hubungan baik dengan guru? Banyak guna dan faedahnya. Guru tu umpama ibu bapa kita bila kita di sekolah kan? Doa guru ni tidak ada hijab tau dengan Allah. Direct terus pada Allah. Kalau adik2, awak2 dan abg2 kakak2 buat baik dengan guru pasti perkataan yang keluar dari mulut guru tersebut perkataan yang baik. KATA2 ITU SATU DOA tauuuu :)

4. Jaga hubungan dengan Allah

Dear, ini paling PENTING dan UTAMA. Jaga solat, jaga aurat, jaga tingkah laku. Allahu Rabbi, sangat tenang untuk belajar kalau hubungan dengan Allah itu sangat erat. Tak percaya? Belum cuba belum tau dear. Solat tu jangan lupa tau. Kalau boleh, buat solat Dhuha, solat Hajat. Allah yang memberi segala kejayaan tu. Sebelum study tu, baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan doa penerang hati. InsyaAllah kalau sentiasa buat ni kita akan ingat apa yang kita belajar. Ini apa yang saya buat masa di Matrikulasi dulu. Sebelum kita study ingat Allah, minta pertolongan dari Allah supaya permudahkan kita faham, Allah pasti bantu. Macam tu dalam kelas. Baca doa penerang hati. Orang lain tak baca tak apa, yang penting awak baca sebelum cikgu mula mengajar.

5. Minum air yang cukup

Seeloknya 8 gelas sehari bersamaan 1600mL per day. Banyak sangat? Takut kembung perut? Bukannya minum sekali gus sayang oii. Minum lah sikit2. Yang penting cukup. Kita ni perlukan oksigen yang cukup. Tak percaya? Lihat orang cina yang pandai. Apa yang ada dalam beg mereka kalau bukan botol air mineral yang besar kan? Kenapa kita tak nak cuba semua tu? Malu? Nak cemerlang pun malu? Malu bawak botol air tapi tak malu but dosa? Deep! Haa kene setepek. Sorry, sekadar nak ingatkan. So, minumlah air yang secukupnya okayyyy :)

6. Jaga hubungan baik dengan semua orang

Jangan sesekali buat orang sakit hati. Kenapa? Takut nanti orang sumpah kita ke, maki kita ke. Kata2 itu satu doa. Kita pulak jangan lah cakap buruk pasal orang. Cakap benda yang baik. Kalau kita cakap benda yang baik pada orang, insyaAllah benda baik yg kita cakap tu kita akan dapat balik. trust me :)

Rasanya setakat tu je untuk hari ni. Nantikan sambungan TIPS MENJELANG HARI PEPERIKSAAN pula nanti :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

8 00 orang nak cakap:

Ammelia said...

jaga hubungan dengan Allah tu paling penting. ^^

Atyn PhotoLover said...

@ammelia yusoff betul :)

Unknown said...

nice tips :)

Unknown said...

nice tips..thanks for sharing :)

Sya Chot .. said...

nice sharing..sya siap suh adik sya f3 n f5 baca entry ni aw..hehee :)

Atyn PhotoLover said...

Thanks all. Good luck for your exam and future readers :) @dayang nur atiqah @Cik Mun @Sya Chot ..

Anonymous said...

terharu saya baca entri ni... insyallah akan saya pergunakan ilmu nasihat ini sebagai panduan.

Atyn PhotoLover said...

@Sheila Eiman syukran. Terharu? Wahhh, good luck okay :)

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !