TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: BERDIKARI ITU PERLU

BERDIKARI ITU PERLU

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Setelah 2 tahun berada di UKM, dalam jurusan Teknologi Kimia ni pastinya banyak ups and down kan? Normal laa lumrah kehidupan. Tak colorful lah kalau life kita asyik warna yang sama kan? #InsideOut haha
Okay, actually post kali ni nak bagi tips dan a bit nasihat lah untuk yang baru nak menjalani kehidupan di Universiti. Orang kata kat U ni memang kena berdikari. Yes! Exactly! Memang kena berdikari. BERDIKARI. Berdikari dari segi apa? Meh nak cerita. Faham dan telan tau.


1. Berdikari dengan masa
Masa ni emas kan? Korang tak boleh nak harapkan masa tu berputar balik. Jadi, korang kena siapkan assignment, tugasan semua sendiri by the time. Kena pandai uruskan masa. Kalau tak, serious akan jadi serabut macam Fatin last sem. Haha sampai pointer pun jatuh. Okay, tu pengajaran untuk kita semua. Ambil iktibar okay?


2. Berdikari dengan diri sendiri
Jangan lah selalu sangat harap kawan kawan korang dapat bersama korang all the time. Sebab apa? Ye lah, dorang pun ada life dorang sendiri. Ada hal sendiri. Kalau korang nak settle kan something. Try do by your own. Sebab nanti dah kerja, kau kena gerak sorang jugak. Kan? So be independent!


3. Berdikari dengan keyakinan
Haa yang ni ramai yang susah nak capai. Berdikari dengan keyakinan kita boleh lihat bila presentation. Korang jangan terlalu takut bila berdiri dihadapan sensorang sebab nanti masa viva pun korang kena berdiri kat depan present berseorangan. Janganlah nak harapkan kawan korang teman korang masa presentation sebab kadang kawan korang tu pun takut jugak. Gementar. Jadi, ambil keyakinan tu. Grab it! Sebab nanti dah kerja baru ada boss nak bawa masuk bilik meeting kan? 








Setakat ni, tu je lah rasanya point of berdikari ni. Jadi, memang ketiga-tiga point ni korang kena ada bila berada di Universiti. Kalau tak ada, takut korang jadi katak dalam tempurung. Takut juga korang dipulaukan dan tak jadi kesayangan lecturer. Sama-sama lah kita capai ketiga-tiga berdikari tadi untuk kekal gigih dan berjaya di Universiti :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

0 00 orang nak cakap:

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !