TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR TAHUN AKHIR

TIPS PENGURUSAN MASA PELAJAR TAHUN AKHIR

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

WOW! Bukan main lama lagi Fatin tak update blog ni. Almost 1 year! Haha 

So, topik apa kita nak buka hari ni?

Tentang pembahagian masa. Okay tak? Okay kan je lah ye 😊

Sebenarnya pembahagian masa ni memang boleh kata suatu benda yang susah. Kalau tak ada jadual dan disiplin untuk follow jadual lah.

Okay. Sekarang ni Fatin nak fokus pada pelajar universiti terutamanya. Kenapa? Sebab pelajar U ni lah pelajar yang paling banyak benda nak kena buat. Ye lah, dengan assignment-kuiz-proposal-thesis-program. Kalau kena pelajar 'berat' macam Fatin ni, yang assignment every week, kuiz every 2 weeks, arrange program lagi. Bila dah 3rd year pulak timbul proposal dan thesis. Haaa menangis woi nak buat semua tu. Kadang sampai satu due date tu lebih dari satu assignment kena submit. Kau rasa? Haha 

So.. Untuk selamatkan diri anda dari titisan air mata dek kerana semua benda tu, pengurusan masa korang sangat penting! Fatin ulang PENTING!

Make sure korang tau mana kena settle kan dulu. Mana yang penting dan mana yang due date dia semakin hampir. Jangan jadi macam Fatin, pernah sekali terlupa buat assignment sebab fokus pada benda penting tapi due date dia agak lambat sikit. Nasib lah sempat submit. Tapi hasil kerja last minute lah (which sangat tak bagus okayyy).

Jadi apa yang patut korang buat adalah, senaraikan semua assignment atau tugasan atau kerja yang korang kena buat beserta tarikh akhir (due date) kat mana-mana kertas. Lepas tu, korang listkan ikut due date tu. Haa masa ni korang nak buat cantik-cantik ke besar-besar ke boleh. Dan digalakkan. Sebab baru korang rasa tertarik nak pandang. Haha kalau setakat kertas biasa, korang tampal lah depan almari sekali pun, sure korang malas nak pandang kan? Haha 😁

Masa buat senarai tu, korang letakkan sekali segala appointment yang mana korang kena pergi. Ye lah, takut lupa kan. Kita ni bukan setakat nak jadi ulat buku semata kan? Kita kena lah jadi sesuatu yang lebih bermakna. Soft-skill pun penting tau. Kalau tak ada soft-skill, korang tak kemana nanti. Okay, untuk appointment, korang nak letak sekali dalam satu kertas TODOLIST tu pun boleh, nak buat dalam kertas baru pun boleh. Tapi make sure nanti tampal dekat-dekat ye. Senang nampak.

Kurangkan lah masa berfoya-foya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi kurangkan. Maksudnya, kalau masa tu korang perlu siapkan assignment, siapkan dulu. Lepas tu baru 'reward diri' dengan keluar dengan kawan, bercuti or whatever tu. Okay? Sebab kalau korang dah 'cheat', nanti kerja korang akan tertangguh dan korang akan rasa kerja korang makin banyak. Sebab tu Fatin kata time management ni akan senang kalau korang ada disiplin untuk follow time-table korang.

So.. Harap tips yang tak seberapa ni dapat membantu korang atau adik-adik yang belajar di Universiti terutamanya pelajar tahun akhir. 

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca dan good luck! 😉


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

2 00 orang nak cakap:

shima jelani said...

Tq dik for sharing

Banban90 said...

Kindly follow me back.
https://banban8.blogspot.com/?m=1

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !