TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: June 2013

KISAH SERAM #3

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Wah, terima kasih sebab sudi membaca Kisah Seram saya. Ni dah masuk yang ke3. Nak baca yang ke2 dan pertama, click SINI dan SINI. Selamat membaca! ^.^

Kisah kali ni nak cerita masa saya dah besar pulak. Eh besar sangat ke? Haha besar lah jugak. Umur 13tahun. Haa besar kan? Besar kan? Hee. Tapi kali ni dah tak seram sangat macam yang sebelum ni. Kenapa? Macam saya cakap lah, dah besar ni kurang sikit. Tapi kan, kurang-kurang pun agak sakit ahh bila kena tu. Nak tau apa jadi kat saya masa form 1? Teruskan membaca.....

Kali ni dah tak berlaku waktu malam. Berlaku waktu petang. Petang tau uolls, jangan sangka 'benda' tu kacau kita malam je. Ye lah, syaitan kan akan selalu ganggu kita. So anytime lah dia akan ganggu. Saat kita lalai, kita lemah. Nahhhh, peluang untuk dia 'mengorat' kita. Mengorat pun boleh. Haha. Cerita kali ni tak seram mana. Tapi agak nak gugur jantung, hati, hempedu, usus. Eh? Melebih pulak :D

Pada petang tu, saya tengah syok tengok cerita. Waktu tu cerita kartun apa entah. Almaklumlah form 1 kan otak kebudak-budakan lagi. So, hadap TV and tengok cerita kartun lah, mana heran UPSR ni. Haaa, nampak tak nakalnya saya masa kecil dulu? Okay, tengah syok tengok TV ada orang datang duduk dekat sebelah Fatin. Masa tu tinggal saya dan budak jagaan 2orang kat ruang tamu. Adik kat dalam bilik. Mak kat dapur masa tu. Nak tau siapa yang datang duduk sebelah saya? Kawan saya. Saya pun pandang sekilas je lah, TV lagi penting masa tu. Bila kawan datang rumah, borak lah dengan dia, biasalah orang peramah memang macam ni. Oppppssss, perasan. Tanya lah dia, kenapa datang? Gangsternya ceq masa tu. Dia habaq nak mengaji. Eh jap jap and jap. Kalau nak mengaji bukan ke lepas maghrib? Ish, tak pe lah, nak mengaji awal lah tu kot. Kata hati masa tu. Lepas tu bila kalih lagi tengok dah tak ada. Hamboi, baru tanya satu soalan dah balik? Lahaiiii minah ni. Merajuk ke apa. Dan tibalah Azan Maghrib, okay tutup TV and solat. Budak mengaji pun mula datang. And korang tau saya nampak siapa? Jeng jeng jeng...............




















Saya nampak kawan saya yang datang petang tadi. Ya Allah, masa tu tak fikir apa lagi. Then tanya lahh dia. Bukan Tehah dah datang ke petang tadi mengaji? Korangi mesti dah boleh agak kan apa jawapan dia? Yes! Exactly! Dia memang tak datang petang tadi. Uollssssss, saya cakap dengan dia bertentangan mata kot. Agak lah, takkan mimpi. Masa tu baru terfikir macam-macam. Dengan siapa aku cakap tadi. Siapa yang datang tadi. Okay, nak kepastian lagi tanya mak. Mak cakap memang Tehah tak datang pun petang tadi. Yang lagi menyirap darah, bila teringat yang saya jumpa 'Tehah' petang tu dia pakai baju putih. Haaaa, malam tu dia pakai baju hijau tak silap. Jauh beza tu kot. Masa tu rasa macam nak gugur segala organ dalam badan. Macam tak percaya saya cakap dengan 'Tehah' you know what I mean kan? Haha sangat lawak, tapi seram pun ada. Fuhhhh, nasib badan lah. Menggigil masa teringat tu. Lepas peristiwa tu, bila tinggal sorang-sorang dalam rumah saya mesti terfikir "Entah2 yang balik nanti bukan mak and adik yang sebenar" Haha pemikiran budak betul! Memang masa mak balik tu, dah takut dah takut tiba-tiba tengah cakap-cakap dengan 'mak', mak baru masuk. Then kalih dekat 'mak' jadi benda lain pulak. Fuhhhh, naya kot kalau macam tu. Pengsan habis!

Tapi sekarang dah matang, dah boleh fikir. Yang Allah tu sentiasa ada dengan kita. So takut tu dah tak ada sangat. Alhamdulillah :)

"Buat apa kita nak takut dengan makhluk ciptaan Allah juga, sedangkan kita pun ciptaan Allah. Takutlah pada Allah"


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

KISAH SERAM #2

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Welcome to cerita seram part 2 saya. Kisah ni kisah benar tau. Eh, dah part 2? Mana part 1? Haa ni mesti tak baca lagi kan part 1 punya? Kalau berminat nak baca, singgah di SINI. Malam ni still lagi cerita masa saya kecil. Banyak cerita seram amsa saya kecil je. Dah besar jarang. Nak baca tak? Kalau nak, teruskan bersama Atyn Photolover blog. Kembali selepas ini......
Hamboi, dah macam pengacara TV pulak kan. Korang mesti tertanya2, bila nak start cerita ni kan? Relaks dulu, chill dulu. Pi ambil air dulu ke, makanan ke, or bantal ke. Macam seram sangat pulak kan? Okay3, jangan marah. Sabar3. Jom sambung cerita.
Berlaku pada satu malam. Haa, malam lagi uolls, tapi bukanlah malam buta, ni malam rabun sikit. Eh gurau je. Adalah dalam lepas maghrib macam tu. Kisah dia saya dengan adik saya nak pergi kedai. Masa tu nakal sikit, pergi kedai lepas maghrib. Ye lah, planning bukan main cantik lagi ajak adik pergi kedai lepas solat maghrib tu. Buat apa pergi kedai malam2? Macam biasa lah, nak beli makanan. Budak2 kan. Beli jajan and gula2 lah masa tu. Masa tu tak ada lah around 5-6 years, masa tu darjah 3 tak silap. Ceq pun dah lupa. Haa, dah besar sikit dah kan. Dah boleh lah nak berdikari :D
Masa kitorang nak pergi kedai tu, kitorang lalu tangga hujung. Kat flat ni ada 3 tangga. Hujung kanan, tengah and hujung kiri. Kitorang ikut tangga hujung belah kanan kalau dari rumah kitorang lah. Okay kebetulan masa tu tangga tu agak kelam suasana. Kalau tak selalunya cerah je. Maybe lampu dia dah nak rosak dah kot. Sebab tu lah kot. Kitorang teruskan perjalanan menuju ke kedai. Dah sampai kat bawah, kitorang still lagi kat tangga. Tiba-tiba......................................
Tiba-tiba adik saya berhenti. Eh eh, dah kenapa pulak budak ni berhenti kan? Bila tanya kenapa, dia kata tak ada pape. Okay, tteruskan lah pergi kedai. Beli lah apa yang ktiorang nak. Banyak duit nak beli apa yang kitorang nak? Kumpul duit maaa, semata-mata untuk makan! Yeay! Haha itulah hobi saya masa kecil. Okay, dah settle beli apa lagi nak buat balik lah kan. Takkan nak merayau pulak. Kami anak soleh dan solehah tauuuu. Ohh you, perasannya. Korang mesti tertanya-tanya kanm, adik saya tu lelaki ke perempuan. Umur dia berapa. Kan? Kan? Kan? Dia lelaki, masa tu umur dia 7 tahun. Darjah 1. Kecik lagi kan? Haa, kakak dia lah yang jaga. Perasan lagi minah ni. Kitorang balik tangga yang sama. Masa tu adik saya suruh naik cepat-cepat. Dah apasal pulak budak ni suruh naik cepat-cepat kan. Dah sampai rumah dia cerita masa kitorang tengah makan makanan yang kitorang beli. Nak tau apa dia cerita? Pergi minum air dulu. Mesti penat scrroll Blog ni tadi kan? Dah? Haaa, bagus3 :D
Adik saya cerita, dia nampak ada satu bebola yang berapi kat atas masa kat tangga tu. Alah, masa dia stop tadi. And dia cakap lagi dia nampak ada benda putih dekat bucu tangga tu masa nak balik. Pergh! Meremang bulu roma bila adik cerita tu. Memang dah tak lalu dah kot tangga tu lepas kejadian tu. Dah besar ni baru lalu balik. Bila nak buang sampah, kitorang akan lalu dekat tangga tu, memang bila balik lebam badan kot. MAsa tu mak ajar kalau nak keluar jangan lupa baca Bismillah and Auzubillah. kalau boleh baca ayat kursi and 3Qul sekali. Masa tu kecil lagi, ayat kursi tak hafal sangat kan. So baca yang mampu je lah. Dah besar ni memang amalkan je lah apa yang mak ajar tu. Alhamdulillah dah tak kena masa lalu kat tangga tu.
Konklusinya, walau apa pun yang terjadi ingatlah bahawasanya kita ada yang menjaga iaitu ALLAH S.W.T. 

Nantikan sambungan Kisah Seram #3 pula :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

TIPS: CARA BENTUKKAN ANAK TUDUNG SYRIA

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Mesti ramai tertanya2. Macam mana nak pakai tudung Syria? Sebab ada yang suka buat muncung kat bahagian atas kan? Ye lah, orang kata kalau muncung kat belah atas tu nampak okay means lawa sikit. Saya ada cara macam mana nak buat tudung Syria tu jadi muncung macam dalam gambar saya ni. Macam mana? Haaaa, kena baca lah lagi.



TIPS #1: Masa korang beli tu, seeloknya pilih yang jenis cotton. Kenapa? Sebab kalau jenis cotton dia agak tebal sikit dan senang dibentuk. Lagi pun dia statik, tak bergerak macam anak tudung Syria yang jenis soft tu. Yang saya pakai tu jenis cotton. Yang tu beli dekat Penang. Jauh kan? Harga dia murah je RM10. Dah3, jangan tengok lama2 sangat gambar tu. Malu ceq, scroll bawah cepat3! :D

TIPS #2: Dah pilih elok2 jenis kain untuk tudung anak tudung Syria tu, korang belek anak tudung tu. Haa belek jangan tak belek. Nampak tak ada jahitan dekat bahagian belakang tu? Nampak kan? Haa korang ambil yang jahitan belah hujing tu. Yang mana? Hujung yang betul2 di bahagian tengkuk kita bila dah pakai tu. Tak faham juga? Tengok gambar bawah ni. Haa kan senang. Korang tetas jahitan kat situ. Oppppssss! NANTI DULU. Jangan tetas terlalu banyak takut nanti jadi longgar. Tapi kalau dah terlajak, korang pandai2 lah letak pin masa nak pakai tu bagi ketat. Korang tetas sampai anak tudung Syria tu jadi bentuk yang sesuai dengan muka comel korang. Haa dah jadi? Good job :)
Coret-coret: Tips #2 ni boleh juga guna untuk anak tudung yang ada awning.


TIPS #3: Jangan gosok/streka/iron bahagian depan anak tudung Syria tu. Sebab nanti susah nak bentuk. Kalau yang ada awning, korang kena jaga elok2. Jangan sesekali basuh menggunakan mesin. Kalau nak lipat, lipat 2 habagian sahaja. Jangan lipat bahagian awning tu. Nanti susah nak bentuk. Kalau anak tudung Syria tu boleh je kalau nak basuh guna mesin. No hal lah.
Itu saja tips yang mampu saya berikan. Korang nak tips yang lain? Tunggu entry yang lain lah pulak ye. 
SELAMAT MENCUBA! Kalau dah jadi, jangan lupa post komen kat sini :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

KISAH SERAM #1

Assalamualaikum w.b.t and Hello!





Hari ni rasa macam nak cerita pasal pengalaman saya kena ganggu. "Ganggu"? Biasalah hantu memang tak ada, yang ada syaitan dan jin yang suka mengacau manusia kan. Cerita ni masa saya kecil lah. Kira-kira umur 5-6 tahun. Almaklumlah, dah lama kan. Mana ingat umur berapa. Tapi peristiwa tu masih ingat lagi. Siapa boleh lupa kan? Cerita dia macam ni....... *pandang atas sambil tongkat dagu*

Pada satu malam tu, saya tidur seorang diri dalam bilik. Almaklumlah, bajet berani tidur sorang2. Dalam pukul 2 pagi tak silap masa tu. Eh, pandai pulak budak 5-6 tahun ni tengok jam kan? Haha betul lah. Jangan tak percaya ye. Dalam pukul 2 tu, dengar bunyi pintu beranda terbuka. Bilik saya ni kira dekat dengan beranda lah. Tingkap bilik tu memang dekat beranda. Haa boleh bayangkan kan? Bayangkan lah macam mana pun. Bukan setakat bukak je, siap tutup then bukak balik. And dalam fikiran masa tu pulak "Mak buat apa kat beranda tu eh?". Ye lah, mak saya ni kan memang rajin sangat2. Kadang2 pukul 1 pun boleh lagi memasak.

Dengan berani saya pergi lah kat luar. Bajet berani je kan Fatin ni? Haha biasalah masa kecil mana fikir benda2 tu. Fikir nak main je. Actually keluar bukan nak pergi dekat beranda tu ada apa, nak tengok mak tengah buat apa je. Okay, mak tidur. Then fikir mak dah tidur balik kot. And, sambung lah tidur balik. Dengar lagi. Eh mak bangun lagi ke? Haa kali ni dah tak berani dah. Memang terus tidur. Agak lah nak pergi usha kat tingkap ada apa. Kang muncul benda lain kang macam mana? Tak ke pengsan ceq kat situ? Haha budak kecil kan, fikiran memang hyperbola.

Pagi esoknya, masa lepak dengan mak and adik keluarlah soalan "Mak bangun ke pagi tadi?" haaa korang mesti dah boleh agak kan apa jawapan mak saya? Yes! Memang mak tak bangun pun. Saya tanya banyak kali betul ke mak tak bangun? Jawapan masih lagi sama. Dalam hati memang dah takut, tapi sebab Fatin bajet2 berani, kuatkan diri jugak. Malam esoknya tidur seorang diri lagi. Nak tau apa jadi? jadi benda yang sama, dan tanpa buang masa apa lagi. Ready! Set! Go! Tidur dengan mak. Since daripada tu, tidur dengan mak je.

Ini baru satu kisah. Nak kisah lain lagi? Tunggu kisah seram #2 akan datang :)

Jin dan syaitan akan mengganggu kita sehingga hari kiamat. Maka, persiapkan iman dan diri. Percaya dan yakin pada Allah. Allah ada menjaga kita. Takutlah hanya pada yang satu iaitu ALLAH :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

PERKONGSIAN HIJRAH DAN KATA HIKMAH

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Setiap yang muslim/muslimah itu terkadang mempunyai kisah silam yang hitam.

Setiap yang berada di atas bermula dari bawah.

Ye itu kata-kata hikmah yang sangat kena dengan saya. Kenapa? Saya post entry ni bukan sebab nak menunjuk atau membangga diri, cuma nak share pengalaman saya. Ada juga yang tanya, "Macam mana kau boleh berubah?" "Dulu lain, sekarang lain". Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi yang lebih baik menuju ke jalan Allah. Jadi, sekadar ingin berkongsi dan juga ingin saling mengingati saya post entry ni. Sama-sama lah baca ye :)

Saya yang dulu memang tak pandai nak jadi baik. Saya mengaku saya juga memang jahil dulu. Sebab saya tahu saya jahil, dan Allah beri hidayah pada saya, saya kini mencari jalan Allah. Mungkin hidayah yang saya dapat tidaklah sebesar orang lain. Tapi yang dikatakan hidayah itu bila Allah telah buka pintu hati kita untuk kembali ke jalanNya dan juga perasaan malu untuk berbuat dosa. Allahu Rabbi memang dapat rasakan betapa tenangnya bila dekat dengan Allah.

Saya dapat hidayah tu masa saya belajar jurusan Sains Fizikal (Modul II) di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Biasalah, bila kita dah jauh dengan parents, of course kita rasa sunyi dan rindu kan? Tambah lagi masa saya kat sana memang tak kenal orang langsung. Cuma ada sorang je kawan. Masa tu memang tak tau nak mengadu pada siapa. Tak tau nak menangis kat mana. Masa dalam proses study tu, saya mula terdetik. "Bolehkah aku?" "Mampukah aku nak belajar benda ni?" "Dengan siapa aku nak minta tolong?". Saat tu pulak classmate buat macam tak endah. Maybe just misunderstanding kot. But alhamdulillah kitorang macam family dah sekarang. Okay continue... Masa tu memang rasa tertekan sangat. Terdetik lagi dalam hati. Masa tu dah nak masuk waktu maghrib. Hati terdetik "Nak buat solat taubatlah". 

Ya Allah, masa buat solat sunat taubat tu, sujud yang terakhir sujud lama memang menangis. Dan terus terkenang dosa-dosa dulu. Nasib baik masa tu roommate semua busy buat kerja masing2. Tak adalah kantoi menangis :'D Masa tu memang terus salahkan diri. Masa tu jugak saya rasa dekat sangat dengan Allah. Dapat rasa yang Allah sedang memerhati. Allahu, sangat rindu saat tu. Dan sejak tu saya sentiasa rasa sedang di perhati. YES! Allah sedang memerhati. Allah Maha Melihat kan, kemana pun kita pergi Allah tetap nampak kita. Saat itu jugalah saya mulakan dengan melabuhkan tudung. Dan alhamdulillah saya suka imej tu. Saya teruskan perubahan dengan melonggarkan pakaian. Pakai baju kurung memang selesa. Sampaikan nak keluar pergi mana-mana pun rasa macam nak pakai baju kurung. Tapi saya tau saya tak mampu nak pakai baju kurung setiap hari, saya terus cari baju yang longgar bila sampai je KL masa dah habis Matrik. Dan sekarang masih lagi mencari dan terus mencari cinta Allah. Perubahan demi perubahan saya nak buat. InsyaAllah. HIDAYAH BUKAN UNTUK DI NANTI, TAPI UNTUK DI CARI :)

Sebab tu orang kata,

Tidak ada benda yang mustahil melainkan ianya tidak di datangkan dengan usaha.

Pintu taubat Allah itu luas.

Usahalah. Berdoalah. Bertawakal lah. InsyaAllah Allah akan beri kejayaan di sebalik 3 itu.

Jika terdetik walau sedikit untuk berubah, terus lakukan perubahan itu.

Berfikirlah secara positif. InsyaAllah yang munculnya juga positif.

Alhamdulillah, terima kasih akhi ukhti yang sudi membaca. Sekadar ingin berkongsi. Semoga sama-sama menggapai cinta Allah. InsyaAllah. Salam Ukhwah :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Running Man dan K-Pop

Assalamualaikum w.b.t and hello!


Akhirnya! Buka juga blog Fatin yang dah lama terletak dalam stor Google ni. Fuhhh! Fuhhh! Fuhhh! Haaa, bersih dah pun blog ni. Berhabuk bukan main banyak lagi. Bila dah buka blog ni, macam-macam cerita lah nak cerita kan? Biasalah, bila orang dah minat nak bercerita dan menyuarakan pendapat. 

Sekarang ni Malaysia telah di gemparkan dengan reality show dari Korea yang sangat sangat sangat sangat popular. Apa dia? Tak payah sebut rasanya korang semua dah tau kot kan? Haaa siapa tak kenal Program Running Man dari Korea tu. Orang yang tak minat K-Pop pun boleh minat dengan rancangan ni. Tak percaya? Nak bukti, teruskan membaca! :)




Saya sendiri pun sebenarnya bukanlah peminat K-Pop. Masa saya sekolah menengah, sedang orang lain sibuk bercerita pasal Running Man saya bawa diri jauh-jauh sebab memang tak tau pun apa itu Running Man. Tapi since masuk Matrikulasi, dapat pulak roommate yang memang peminat K-Pop habis sampai semua drama Korea dia ada. So saya pun menyelit lah sedikit untuk menonton drama-drama tersebut. The 1st drama yang saya tengok is Playful Kiss. Haa drama remaja yang sangat romantis dan sangat memahami jiwa remaja :D

Sejak daripada tu, saya terus copy semua episode Playful Kiss tu sampai special episode saya ambil dari roommate saya tu. Then lepas tu dorang buka cerita Running Man yang terdiri daripada 7 orang peserta tetap (Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Gary, Haha, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo, Ji Hyo) dan ditambah pula dengan tetamu dari artis, atlet dan orang terkenal Korea. Masa tu episode 100 lebih tak silap. Masa tu dorang bukak yang memang game dia best + gelagat peserta yang sangat lawak. Memang melekat terus lah depan laptop time tu. Haha lepas habis je episod tu, saya terus copy semua episode Running Man tu dari episode 1 sampai 100 lebih yang kini dah mencecah sehingga episode yang ke 150. 

Nak bukti lagi, abang saya yang bukan peminat K-Pop tu juga sekarang dah minat K-Pop since dia join saya tengok Running Man kat dalam laptop. Sampai dia dengar lagu K-Pop and cakap "best jugak lagu K-Pop ni". Haaa baru tau best? Belum tengok tarian K-Pop lagi. Memang melekat ahh. Haha :D

Apa-apa pun nak nasihatkan jugak. Boleh nak minat sesuatu. Tapi jangan sampai lalai dan jangan sampai jadi lagha. Ye adik-adik, akak-akak, abang-abang. *eh? Abang? Ada ke yang minat K-Pop? Ada kot. Haha :D


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !