TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: TIPS: CARA BENTUKKAN ANAK TUDUNG SYRIA

TIPS: CARA BENTUKKAN ANAK TUDUNG SYRIA

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Mesti ramai tertanya2. Macam mana nak pakai tudung Syria? Sebab ada yang suka buat muncung kat bahagian atas kan? Ye lah, orang kata kalau muncung kat belah atas tu nampak okay means lawa sikit. Saya ada cara macam mana nak buat tudung Syria tu jadi muncung macam dalam gambar saya ni. Macam mana? Haaaa, kena baca lah lagi.



TIPS #1: Masa korang beli tu, seeloknya pilih yang jenis cotton. Kenapa? Sebab kalau jenis cotton dia agak tebal sikit dan senang dibentuk. Lagi pun dia statik, tak bergerak macam anak tudung Syria yang jenis soft tu. Yang saya pakai tu jenis cotton. Yang tu beli dekat Penang. Jauh kan? Harga dia murah je RM10. Dah3, jangan tengok lama2 sangat gambar tu. Malu ceq, scroll bawah cepat3! :D

TIPS #2: Dah pilih elok2 jenis kain untuk tudung anak tudung Syria tu, korang belek anak tudung tu. Haa belek jangan tak belek. Nampak tak ada jahitan dekat bahagian belakang tu? Nampak kan? Haa korang ambil yang jahitan belah hujing tu. Yang mana? Hujung yang betul2 di bahagian tengkuk kita bila dah pakai tu. Tak faham juga? Tengok gambar bawah ni. Haa kan senang. Korang tetas jahitan kat situ. Oppppssss! NANTI DULU. Jangan tetas terlalu banyak takut nanti jadi longgar. Tapi kalau dah terlajak, korang pandai2 lah letak pin masa nak pakai tu bagi ketat. Korang tetas sampai anak tudung Syria tu jadi bentuk yang sesuai dengan muka comel korang. Haa dah jadi? Good job :)
Coret-coret: Tips #2 ni boleh juga guna untuk anak tudung yang ada awning.


TIPS #3: Jangan gosok/streka/iron bahagian depan anak tudung Syria tu. Sebab nanti susah nak bentuk. Kalau yang ada awning, korang kena jaga elok2. Jangan sesekali basuh menggunakan mesin. Kalau nak lipat, lipat 2 habagian sahaja. Jangan lipat bahagian awning tu. Nanti susah nak bentuk. Kalau anak tudung Syria tu boleh je kalau nak basuh guna mesin. No hal lah.
Itu saja tips yang mampu saya berikan. Korang nak tips yang lain? Tunggu entry yang lain lah pulak ye. 
SELAMAT MENCUBA! Kalau dah jadi, jangan lupa post komen kat sini :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

2 00 orang nak cakap:

Anonymous said...

kat mana selalu beli tudung syria??

Atyn PhotoLover said...

@Anonymous pasar malam, pasaraya, kedai tudung. Haha beli yang biasa2 je.

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !