TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: KISAH SERAM #1

KISAH SERAM #1

Assalamualaikum w.b.t and Hello!





Hari ni rasa macam nak cerita pasal pengalaman saya kena ganggu. "Ganggu"? Biasalah hantu memang tak ada, yang ada syaitan dan jin yang suka mengacau manusia kan. Cerita ni masa saya kecil lah. Kira-kira umur 5-6 tahun. Almaklumlah, dah lama kan. Mana ingat umur berapa. Tapi peristiwa tu masih ingat lagi. Siapa boleh lupa kan? Cerita dia macam ni....... *pandang atas sambil tongkat dagu*

Pada satu malam tu, saya tidur seorang diri dalam bilik. Almaklumlah, bajet berani tidur sorang2. Dalam pukul 2 pagi tak silap masa tu. Eh, pandai pulak budak 5-6 tahun ni tengok jam kan? Haha betul lah. Jangan tak percaya ye. Dalam pukul 2 tu, dengar bunyi pintu beranda terbuka. Bilik saya ni kira dekat dengan beranda lah. Tingkap bilik tu memang dekat beranda. Haa boleh bayangkan kan? Bayangkan lah macam mana pun. Bukan setakat bukak je, siap tutup then bukak balik. And dalam fikiran masa tu pulak "Mak buat apa kat beranda tu eh?". Ye lah, mak saya ni kan memang rajin sangat2. Kadang2 pukul 1 pun boleh lagi memasak.

Dengan berani saya pergi lah kat luar. Bajet berani je kan Fatin ni? Haha biasalah masa kecil mana fikir benda2 tu. Fikir nak main je. Actually keluar bukan nak pergi dekat beranda tu ada apa, nak tengok mak tengah buat apa je. Okay, mak tidur. Then fikir mak dah tidur balik kot. And, sambung lah tidur balik. Dengar lagi. Eh mak bangun lagi ke? Haa kali ni dah tak berani dah. Memang terus tidur. Agak lah nak pergi usha kat tingkap ada apa. Kang muncul benda lain kang macam mana? Tak ke pengsan ceq kat situ? Haha budak kecil kan, fikiran memang hyperbola.

Pagi esoknya, masa lepak dengan mak and adik keluarlah soalan "Mak bangun ke pagi tadi?" haaa korang mesti dah boleh agak kan apa jawapan mak saya? Yes! Memang mak tak bangun pun. Saya tanya banyak kali betul ke mak tak bangun? Jawapan masih lagi sama. Dalam hati memang dah takut, tapi sebab Fatin bajet2 berani, kuatkan diri jugak. Malam esoknya tidur seorang diri lagi. Nak tau apa jadi? jadi benda yang sama, dan tanpa buang masa apa lagi. Ready! Set! Go! Tidur dengan mak. Since daripada tu, tidur dengan mak je.

Ini baru satu kisah. Nak kisah lain lagi? Tunggu kisah seram #2 akan datang :)

Jin dan syaitan akan mengganggu kita sehingga hari kiamat. Maka, persiapkan iman dan diri. Percaya dan yakin pada Allah. Allah ada menjaga kita. Takutlah hanya pada yang satu iaitu ALLAH :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

0 00 orang nak cakap:

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !