TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: KISAH SERAM #2

KISAH SERAM #2

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Welcome to cerita seram part 2 saya. Kisah ni kisah benar tau. Eh, dah part 2? Mana part 1? Haa ni mesti tak baca lagi kan part 1 punya? Kalau berminat nak baca, singgah di SINI. Malam ni still lagi cerita masa saya kecil. Banyak cerita seram amsa saya kecil je. Dah besar jarang. Nak baca tak? Kalau nak, teruskan bersama Atyn Photolover blog. Kembali selepas ini......
Hamboi, dah macam pengacara TV pulak kan. Korang mesti tertanya2, bila nak start cerita ni kan? Relaks dulu, chill dulu. Pi ambil air dulu ke, makanan ke, or bantal ke. Macam seram sangat pulak kan? Okay3, jangan marah. Sabar3. Jom sambung cerita.
Berlaku pada satu malam. Haa, malam lagi uolls, tapi bukanlah malam buta, ni malam rabun sikit. Eh gurau je. Adalah dalam lepas maghrib macam tu. Kisah dia saya dengan adik saya nak pergi kedai. Masa tu nakal sikit, pergi kedai lepas maghrib. Ye lah, planning bukan main cantik lagi ajak adik pergi kedai lepas solat maghrib tu. Buat apa pergi kedai malam2? Macam biasa lah, nak beli makanan. Budak2 kan. Beli jajan and gula2 lah masa tu. Masa tu tak ada lah around 5-6 years, masa tu darjah 3 tak silap. Ceq pun dah lupa. Haa, dah besar sikit dah kan. Dah boleh lah nak berdikari :D
Masa kitorang nak pergi kedai tu, kitorang lalu tangga hujung. Kat flat ni ada 3 tangga. Hujung kanan, tengah and hujung kiri. Kitorang ikut tangga hujung belah kanan kalau dari rumah kitorang lah. Okay kebetulan masa tu tangga tu agak kelam suasana. Kalau tak selalunya cerah je. Maybe lampu dia dah nak rosak dah kot. Sebab tu lah kot. Kitorang teruskan perjalanan menuju ke kedai. Dah sampai kat bawah, kitorang still lagi kat tangga. Tiba-tiba......................................
Tiba-tiba adik saya berhenti. Eh eh, dah kenapa pulak budak ni berhenti kan? Bila tanya kenapa, dia kata tak ada pape. Okay, tteruskan lah pergi kedai. Beli lah apa yang ktiorang nak. Banyak duit nak beli apa yang kitorang nak? Kumpul duit maaa, semata-mata untuk makan! Yeay! Haha itulah hobi saya masa kecil. Okay, dah settle beli apa lagi nak buat balik lah kan. Takkan nak merayau pulak. Kami anak soleh dan solehah tauuuu. Ohh you, perasannya. Korang mesti tertanya-tanya kanm, adik saya tu lelaki ke perempuan. Umur dia berapa. Kan? Kan? Kan? Dia lelaki, masa tu umur dia 7 tahun. Darjah 1. Kecik lagi kan? Haa, kakak dia lah yang jaga. Perasan lagi minah ni. Kitorang balik tangga yang sama. Masa tu adik saya suruh naik cepat-cepat. Dah apasal pulak budak ni suruh naik cepat-cepat kan. Dah sampai rumah dia cerita masa kitorang tengah makan makanan yang kitorang beli. Nak tau apa dia cerita? Pergi minum air dulu. Mesti penat scrroll Blog ni tadi kan? Dah? Haaa, bagus3 :D
Adik saya cerita, dia nampak ada satu bebola yang berapi kat atas masa kat tangga tu. Alah, masa dia stop tadi. And dia cakap lagi dia nampak ada benda putih dekat bucu tangga tu masa nak balik. Pergh! Meremang bulu roma bila adik cerita tu. Memang dah tak lalu dah kot tangga tu lepas kejadian tu. Dah besar ni baru lalu balik. Bila nak buang sampah, kitorang akan lalu dekat tangga tu, memang bila balik lebam badan kot. MAsa tu mak ajar kalau nak keluar jangan lupa baca Bismillah and Auzubillah. kalau boleh baca ayat kursi and 3Qul sekali. Masa tu kecil lagi, ayat kursi tak hafal sangat kan. So baca yang mampu je lah. Dah besar ni memang amalkan je lah apa yang mak ajar tu. Alhamdulillah dah tak kena masa lalu kat tangga tu.
Konklusinya, walau apa pun yang terjadi ingatlah bahawasanya kita ada yang menjaga iaitu ALLAH S.W.T. 

Nantikan sambungan Kisah Seram #3 pula :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

4 00 orang nak cakap:

ejulz said...

memang menyeramkan.. hehe


http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/06/doakan-untuk-dia.html

Unknown said...

mcm novel dah. HAHA
btw done follow.
follow back ye.
blackisswhite.blogspot.com

Atyn PhotoLover said...

@ejulz thanks. Jangan lupa nantikan part 3 pulak ye :)

Atyn PhotoLover said...

@syuk shusuke ye ke macam novel? Haha cerpen je kot. Btw, thanks. Will follow you back. Jangan lupa yang 3 pulak ye :)

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !