TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: December 2011

Tutorial : Simple Blockquote

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
sebelum saya balik kg dekat Perak , saya rasa saya nak buat tutorial lah ,

jom follow tutorial ni keyh

SIMPLE BLOCKQUOTE

1. Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Cari code ni :
tekan CTRL+F / F3

.post blockquote {

3. Kalau dah jumpa , copy code ni then paste dekat BAWAH code no 2 tadi :

border 3px dotted #000000;
padding: 7px;

4. Preview dulu , kalau dah jadi baru SAVE oke
NOTES :
kalau nak background , letak code ni di ATAS code no 3
background: url(URL BACKGROUND);

IMPORTANT ! !
123 : ketebalan border korang 
123 : korang boleh tukar solid / dotted / dashed
123 : warna border blockquote
123 : masukkan URL BACKGROUND yang korang suka


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Happy New Year

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
1st of all saya nak ucapkan Happy New Year kat korang semua

semalam saya tidur dalam pukul 1.00pg lebih, sebab nak tengok bunga api punya pasai (dekat rumah jea) .. tapi bukan sebab tu jea saya nak tidur lambat , sebab yang lain , kalau saya tidur awal punn , confirm nanti mulalah jalan tuh bising dengan bunyi motor , bunga api , mercun kan ? so , better saya tak payah tidur and tengok bunga api dari rumah .. nampak sajee , itulah untungnya duduk rumah flat ..o^____^o..

tahun lepas , itu cerita lepaskan ? now kita bukak buku baru and tutup buku lama :)
so , kepada sesiapa yang terguris hati dengan tingkah laku , percakapan dan apa jua kesalahan saya , harap korang maafkan keyh ,
I always fogive korang :) because saya tak suka berdendam , kan Allah tak suka orang BERDENDAM , betul tak ? ahaks xD

so , sama-sama kita mulakan hidup baru dengan azam yang baru pada tahun baru ini ,

TUTUP TIRAI 2011 , BUKA UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA 2012



Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover
 


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tutorial : Facebook Like Button At Blogger

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
cuti memang membosankan -.-' amat membosankan kan ? hurm :-/

so , memandangkan tiada sesiapa yang boleh kacau saya online hari ni , saya nak update tutorial lah pulak .. tutorial ni mungkin ramai yang dah top tuh dah lama guna , just this for share dekat orang yang baru buat blog .. korang mesti nak tau kan berapa ramai yang LIKE blog korang melalui facebook ? yeah , 
jom follow tutorial ni keyh , kalau ada menda yang tak faham komen anda di alu-alukan ..o^____^o..

LIKE BUTTON AT BLOG

1. Sign In > Dashboard > Design > Add Gadget > Edit HTML/JavaScript

2. Copy code ni , then paste dekat dalam ruang kosong tu TANPA TAJUK :

<iframe scrolling="no" frameborder="0" allowtransparency="true" style="border: medium none; overflow: hidden; width: 280px; height: 40px;" src="http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=http://datyn.blogspot.com/&layout=standard&show_faces=false&width=280&action=like&font=arial&colorscheme=light&height=40"></iframe>

3. Preview dulu , kalau jadi baru SAVE oke


IMPORTANT ! !
123 : masukkan URL blog korang
tolong CLICK SINI boleh ? sayang korang :-*


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

sekadar perkongsian cerita

 
 
hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
saya nak story something dengan korang , and ada satu mesej yang Atyn nak kongsi

bunyi macam masalah yang sangat berat jea kan ? haha xD not at all , actually saya nak story pasal incident yang berlaku masa kitorang baru balik dari Shah Alam ,
masa tu saya form 3 or form 2 , #sorry I’m forget about it .. ya , kitorang naik Komuter dari Shah Alam nak baik sini , berhenti dekat KL Sentral and naik Monorail pulak berhenti dekat Ampang Park ..
lama jugak lah kami menunggu bas dekatAmpang Park for balik Mulia .. adalah dekat 1 jam lebih , kalau korang , korang rasa bengang tak ? ouh ya , of course lah kan ? waiting for a bus like an idiot , memang ramai tak suka kan ? I agree too because saya pun dah banyak kali meyh tunggu bas yang LAMBAT tahap gila neyh ..

baru-baru ni masa nak pergi Maluri , hampir 2 jam tunggu bas , agak keboringan masa tuh .. memang sangat menguji kesabaran saya and mak .. haha xD nasib baik lah , kami ni agak penyabar sikit , #oke perasa jap , dah tuh pulak dah dapat bas , jalan jem gila .. sangkut dekat jalan raya tuh dalam 1 jam .. haha xD nama Maluri macam dekat jea kan dengan Ampang ? ya , kalau naik tren LRT memang dekat .. naik teksi lagi dekat , 30 minit jea .. grrr >.<’ if naik bas , 3 jam nak pergi sana ..

back to story ,
lepas hampir 1 jam kitorang waiting for bus , ada satu bas Rapid ke Metro tah masa tuh #lupa lagi , yang penting no bus tu 2* .. kitorang dah tahan dah bas tuh , but bas tuh tak berhenti langsung , main blah macam tuh jea .. hati pun mula lah bengang gila vavi kan ? kalau korang bengang tak ? dah tunggu dekat 1 jam , lepas tuh tak nak berhenti .. waklu ! memang sabar je lah masa tuh -.-‘
tiba-tiba time tuh terdetik hati saya “mungkin Allah nak bagi yang lebih baik ,”

you know what ? benda yang saya fikirkan memang betul terjadi ..
lepas beberapa minit bas tu pergi , datang lagi 1 bas Rapid .. ya , nasib baik kali ni berhenti , orang dia pun agak peramah .. masa nak naik bukit Mulia tuh , jalan jam sangat … kitorang pun agak pelik lah , takkan dekat sini pun nak jam kan ? ahaks xD
korang tau apa yang berlaku ? bas yang tinggalkan kitorang tuh tergelincir ke belakang masa nak naik bukit and merempuh rumah orang .. habis separuh bas bahagian belakang hampir hancur ..

masa tuh memang kitorang rasa macam nak nangis jea , sebab Allah memang nak selamatkan kitorang dari kejadian tuh .. Subhanallah , memang kejadian yang tak disangka akan berlaku ..
Allah sangat saying keluarga kami ,

So kat sini Atyn nak cakap dengan korang , walau apa pun yang terjadi , fikirlah bahawa ada hikmah di sebalik kejadian itu :)  saya bukan nak sembarangan cakap , sebab benda dah berlaku pada diri and family saya kan ?
Lagi pun dalam al-Quran pun dah ada nyatakan “setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya , “

Allah itu Maha Adil kan ? ya , Subhanallah
semoga kita semua dapat pengajaran dari cerita ni :) insyaAllah



Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover
 


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tutorial : Border at sidebar (episode 1)

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today saya duduk rumah sensorang sambil menjaga anak orang , CLICK HERE

sementara mereka tengah diam , saya pun mula lah bukak lappy then nak update blog .. masalah saya sekarang , tak tau nak update apa , so saya update tutorial je lah , kan ? boleh tambahkan ilmu and bantu orang :)

BORDER AT SIDEBAR PART 2

1. Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Tick expand Widget

2. Cari code ni :
tekan CTRL+F/F3 untuk cari code 

h2 {

3. Then copy code ni dan paste kan di BAWAH code yang no 2 tadi

padding: 10px;
margin: 10px;
background: url(URL BACKGROUND);
border-left: 5px solid #000000:
border-right: 5px solid #000000;
border-top: 1px solid #000000;
border-bottom: 1px solid #000000;
padding: 5px;
font-size: 14px;
color: #000000;
text-align: right;
{

4. Preview dulu , kalau dah jadi baru SAVE oke 



IMPORTANT ! !
123 : masukkan URL BACKGROUND you all , kalau guna photobucket.com ambil dari "direct link"
123 : korang boleh tukar jadi solid / dashed / dotted
123 : warna border sidebar tittle korang
123 : font size ikut kesukaan korang
123 : warna text 
123 : korang boleh tukar center / right / left




GOOD LUCK ^.^


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

erti sebuah CINTA

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o.. 
hari ni saya nak story pasal CINTA , mungkin ada yang dah tahu pasal benda ni .. tapi saya nak share jugak lah ..



dekat suatu pulau kecil , ada CINTA , KEKAYAAN , KECANTIKAN , KESEDIHAN , KEGEMBIRAAN dan sebagainya .. pada mulanya mereka hidup saling melengkapi ..

Pada suatu hari , datang badai menghepas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu .. semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri ..

CINTA kebingungan sebab dia tak dapat berenang dan tak ada perahu sendiri .. CINTA berdiri di tepi pantai dan cuba mencari pertolongan .. sementara itu , air semakin naik membasahi kaki CINTA .. tak lama lepas itu , CINTA melihat KEKAYAAN lalu berkata :

"KEKAYAAN ! KEKAYAAN ! tolong aku !"

lalu KEKAYAAN menjawab :

"perahuku telah penuh dengan harta bendaku .. aku tak dapat membawamu .. lagipun , nanti perahuku tenggelam pula .. tambahan pula , sudah tidak ada tempat untukmu dalam perahuku ini ,"

KEKAYAAN cepat-cepat beredar dari situ .. CINTA sedih sekali , namun kemudiannya dilihatnya KEGEMBIRAAN lalu dengan perahunya .. lalu CINTA meminta pertolongan :

"KEGEMBIRAAN ! tolong aku !"

namun , KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana menemukan perahu sehingga tidak mendengar teriakan CINTA .. air makin naik hampir sampai ke pinggang .. tidak lama kemudian , KECANTIKAN pula lalu .. CINTA terus menjerit meminta pertolongan :

"KECANTIKAN ! tolong aku !"

tetapi , jawapan KECANTIKAN mengecewakan CINTA lagi :

"CINTA , kamu basah dan kotor .. aku tak boleh membawamu ikut bersama .. nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini ,"

hati CINTA terluka sangat , dia tidak boleh menahan air mata , lalu mengis teresak-esak .. lalu dia bermonolog di dalam hati "apa salahku , mengapa semua orang melupakan aku ?" 
tiba-tiba KESEDIHAN lalu , CINTA pun menjerit meminta pertolongan :

"oh KESEDIHAN , bawalah aku bersamamu ,"

KESEDIHAN menjawab :

"maaf CINTA , aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian ,"

CINTA putus asa .. ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya .. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan .. lalu dia berdoa "oh Tuhan tolonglah aku , apa jadinya dunia ini tanpa aku , tanpa CINTA ?"

dalam suasana yang amat sedih dan kritis itu , CINTA terdengar satu suara "CINTA ! mari cepat naik ke perahuku !" CINTA menoleh ke arah suara itu lalu cepat-cepat dia menaiki perahu itu .. setibanya di pulau yang terdekat , orang itu menurunkan CINTA dan segera pergi .. pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa dia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menyelamatkan dia .. CINTA bertanya kepada seorang tua yang menetap di pulau itu , siapa sebenarnya orang yang menyelamatkan dia itu .. lalu orang tua itu berkata
"itulah WAKTU ,"
CINTA hairan , "mengapa dia mahu menolongku ? sedangkan aku tidak mengenalinya bahkan kawan rapatku enggan menolonggu ," 

lalu orang tua itu balas :
"kerana hanya WAKTU yang tahu berapa nilainya sebuah CINTA ,"





Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tutorial : Background sidebar / post tittle

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
nak cantikkan sidebar korang ? jom ikut tutorial neyh

BACKGROUND AT SIDEBAR

1. Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Cari code dibawah :
nak senang cari ---> tekan CTRL + F serentak / tekan F3

h2 {

3. Copy code di bawah ini then , paste di BAWAH code no 2 tadi :

text-align: center;
-moz-border-radius-topleft: 20px;
-moz-border-radius-topright: 20px;
-webkit-border-top-left-radius: 20px;
-webkit-border-top-right-radius: 20px;
-top-right-radius: 20px;
border-top-left-radius: 20px;
border-top-right-radius: 20px;
border-bottom: 5px solid #000000;
background: #FFFFFF;
font-size: 14px;
padding: 2px;
margin: 5px;
}

4. Preview dulu , dah jadi baru SAVE oke


IMPORTANT ! !
123 : korang boleh tukar center / right / left
123 : ketebalan border bawah , ikut citarasa korang lah nak berapa
123 : korang boleh tukar jadi solid / dashed / dotted 
123 : warna border bawah
123 : warna background sidebar title

BACKGROUND AT POST TITLE

1. Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget

2. Cari code dibawah :
nak senang cari ---> tekan CTRL + F serentak / tekan F3

h3.post-title, .comments h4 {

kalau tak jumpa try code ni :

h3.post-title {

tak jumpa jugak , cari code ni :

h3.post-title, h4 {

3. Copycode di bawah ini , then paste di BAWAH code no 2 :

text-align: center;
-moz-border-radius-topleft: 20px;
-moz-border-radius-topright: 20px;
-webkit-border-top-left-radius: 20px;
-webkit-border-top-right-radius: 20px;
-top-right-radius: 20px;
border-top-left-radius: 20px;
border-top-right-radius: 20px;
border-bottom: 5px solid #000000;
background: #FFFFFF;
font-size: 14px;
padding: 3px;
margin: 20px;
}

4. Preview dulu , dah jadi baru SAVE oke


IMPORTANT ! !
123 : korang boleh tukar center / right / left
123 : ketebalan border bawah , ikut citarasa korang lah nak berapa
123 : korang boleh tukar jadi solid / dashed / dotted 
123 : warna border bawah
123 : warna background post title




 TAMBAHAN : kalau nak letakkan background bergambar , cuma gantikan code background: #FFFFFF dengan code ni ---> background: url(URL BACKGROUND);


GOOD LUCK ^.^


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tutorial : Pisahkan HEADER dengan POST

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
ramai yang dah tau menda neyh , but Atyn nak buat supaya orang yang saya kenal and tak tahu tu boleh tau ..

benda neyh tak complicated mana pun .. hee ^^ jom ikut tutorial neyh --->

PISAHKAN HEADER DARI POST BLOG

1. Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Template

2. Cari code 
tekan Ctrl + F serentak / tekan F3 untuk cari code
</head>

3. Then , COPY and paste kan code neyh dekat bawah code no 2 yang korang cari tadi

<center><a href='URL BLOG'><img alt=" border'0' scr='URL HEADER'/></a></center>

4. Preview dulu , kalau jadi baru SAVE oke


IMPORTANT ! !
123 : masukkan URL blog korang
123 : masukkan URL image korang , kalau dari photobucket ambil "direct link"



GOOD LUCK ^.^


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tutorial : Tukar Background Blog

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
dengan permintaan adik-adikku yang comel-comel , dorang suruh saya buat tutorial jugak ..

oke , NOW saya buat lah jugak tutorial untuk korang keyh :)
mungkin ada yang akan cakap "poyo" lah , "sibuk jea nak buat tutorial" lah , lantak korang lah nak cakap apa pun -.-' mulut orang memang tak boleh tutup , mulut tempayan jea yang boleh tutup kan ? haha xD

nak buat background blog neyh senang jea :) jom ikut tutorial neyh --->

CHANGE BACKGROUND

1. Sign In > Design > Template Designer > Background > Upload (lihat gambar)

 

2. Choose File > Tunggu sampai background korang keluar (siap di upload)

3. Then click DONE > Apply to Blog

4. Dah siap ! senang jea kan ? background tuh korang cari lah dekat google jea, nak guna gambar sendiri pun boleh ,

SAVE IMAGE FROM GOOGLE

1. Google.com > Image > Nama background korang (contoh lihat gambar)


2. Hulurkan cursor dekat image yang korang nak, tunggu sampai image tuh besar

4. Right Click dekat image tadi > Save Image As... (lihat gambar)


5. Dah siap ! now upload dekat blog keyh :) 



IMPORTANT ! ! 
lihat gambar : click photo untuk tumbesaran



GOOD LUCK ^.^


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Tips : first time berblog

 
 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
post hari neyh saya nak bagi tips or cadangan lah dekat you all yang baru nak buat blog ..

orang 1st time buat blog mesti akan cari "blogger template" dekat google kan ? then korang upload lah dekat blog and use it kan ? for me , kalau korang guna full template / blogger template , its too complicated kalau nak edit .. ada sesetengah template tuh memang complicated gila code dia sampai korang pun dah tak tahu mana 1 code yang perlu di edit / di tukar for your info ..

tapi , ada jugak template yang senang di edit macam Pyzam.com , btemplates.com , and template yang simple .. yang saya tau tuh je lah yang simple and senang nak di edit ..
yang complicated tuh , korang boleh guna if korang dah tahu mana satu code dia ..

kalau nak senang and tak nak terlalu rumit , korang just tukar background and try edit secara manual mengikut citarasa korang sendiri .. itu lebih selamat kan ? korang pun akan berpuas hati and tak ada lah korang asyik nak padam blog jea kan ? #macam saya letew , ahaks xD

ada yang tanya ---> "macam mana nak tukar background?" , "dah tukar tuh nak buat apa?"

first of all , korang perlu tau apa yang korang nak tukar .. kalau korang tak tahu korang nak blog korang macam mana , susah lah kalau macam tuh kan ? so , perkara penting tukar background .. lepas tukar background , korang cari lah apa yang patut korang edit , and remove apa yang korang tak nak ..

first time buat blog , widget berlambak dalam blog kan ? so , korang delete lah yang mana korang tak nak .. tapi , widget yang paling penting ada dekat blog korang masa first time buat adalah "followers" .. benda tuh penting sangat kalau korang nak senang dapat followers .. kalau tak , blogwalking susah nak cari button follow .. 

saya tak tahu lah  sama ada benda neyh dapat membantu korang yang baru buat blog tuh .. kalau ada yang kurang , please LEAVE your COMMENT keyh :) nanti saya akan tambah apa yang patut :)


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Harga Seorang Wanita

 
 
hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
benda neyh saya dapat dari blog orang , so read oke :)

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab, "Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan."

Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
 
Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
 

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
 
"Untuk apa???" tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."
  
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
  
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:
 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

 "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

 "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

  "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."
 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
 
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
 
"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Lirik Lagu ---> Dia Untukku by Adi Putra

 
 


 

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
dalam blog Atyn ada lagu Dia Untukku by Adi Putra kan ?

eh lagu apa tu ? itu lah lagu tema untuk cerita Tentang Dhia .. cerita yang tengah hangat dekat TV3 tuh , setiap hari Isnin-Khamis jam 7.00p.m .. cerita tuh memang ramai yang suka kan ? ada yang suka sebab jalan cerita dia yang penuh konflik and ada pulak yang suka sebab ada Nora Danish , hee ^.^ gataii na ! 
btw , Nora memang nampak so cute bila pakai tudung kan korang ? Adi Putra pulak nampak so romantic dalam cerita tuh , hee

eh korang , actually saya nak share lirik dia , bukan nak cerita panjang lebar pasal drama tentang Dhia tuh .. hee ^.^ kalau nak tengok , tengok lah sendiri ye .. tarikh and hari dah di nyatakan diatas , yang belum tengok tuh , jemput-jemputlah tonton ye , sebab cerita neyh memang menarik giloooo !

jom nyanyi sesama yaww ! ≧°◡°≦



  Sejak bertemu kau dan aku
  Menusuk jantung ku, mula jiwaku
  Merelakanku menjadi milikmu
  Itu yang ku mahu,itu yang ku mahu cintamu

# Sinar mentari pasti
  Menyinar hati yang sunyi
  Biarlah aku bermimpi
  Kerna dibuai sepi


*Dialah yang aku cinta
  Selama ini ku harapkan
  Cuba kau fahami
  Tak akan dirimu dilukai

ulang (*)

ulang (#)

ulang (*)

ulang (*)



Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

baru masuk school , itulah jadinya xD

 
 

 hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today saya nak story pasal gelagat saya sewaktu baru masuk ke sekolah c(:

actually saya nak sangat post something , but tak tahu nak post apa .. then TER-detik dekat fikiran nak story pasal gelagat saya masa baru masuk school (darjah 1)
saya tahu , nanti ada jea hati / mulut yang akan cakap ,

" perlu ke nak story benda neyh ?" tak pun ,

" tak malu ke budak neyh ? " tak pun ,

" eleh , bajet HOT jea lah kau ! " tak pun ,

" kesah pulak aku ! >.< "

neyh lah manusia berfikiran kolot -.-'
oke , saya memang dah bersedia nak hadapi semua tuh .. tak salahkan kalau kita nak share sesuatu pasal story hidup kita ? lagi pun benda neyh bukannya pasal kutuk mengutuk , sekadar hiburan sajaa meyh :) just think positive keyh
#panjangnya budak gila pink neyh membebel -.-'
oke , let me story it keyh ..o^____^o..
selamat membaca and jangan gelak sakan pulak ! sebab saya tahu yang korang pun ada yang macam saya kan ? HAHAHA xD



neyh mak saya cerita dekat saya lah ..
mula-mula memang lupa , but bila mak dah cerita dekat saya , then baru saya ingat sikit-2 and sampai sekarang saya ingat lagi .. sebab apa ? sebab memang sweet sangat and kelakar pun ada -.-' ahaks
masa mula-mula masuk tuh , mak saya cakap saya happy sangat .. siap gelak ketawa bagai ..

tapi , bila dah masuk kelas , dah pilih tempat duduk , haha c(X air mata memeleh jatuh seyh ! #oke memang malu -.-' , mak saya cakap , saya menangis tak henti .. tapi menangis pelan-pelan lah , bukannya melalak telolong tuh , haha :D
sampai satu saat tuh , ada seorang budak perempuan datang and duduk dekat sebelah saya .. budak tuh tengok saya nangis , then dia pun cuba untuk pujuk .. mak saya cakap , dia ada cakap "ala , jangan lah nangis , nanti kita kawan keyh?" lebih kurang macam tuh lah .. ahaks xD so sweeeeeeettt ! kan ? kan ? kan ?
yang paling kelakar ,
tak lama lepas tuh , saya tak henti keluarkan air mata , dia pun ikut nangis sama .. tak pasal-pasal air mata dia pun ikut meleleh , haha c(X

kesian kau **** kan ? tak pasal-pasal kau pun ikut nangis masa tuh , kalau tak kau senyum jea :P

saya nangis sampai lah mak saya nak balik , eh ! jap , sebenarnya mak saya dah lama nak balik masa tuh .. di sebabkan saya neyh jea tak bagi mak balik , thats why mak terpaksa balik lambat sikit .. hee ^^ #sorry mak c(: then mak saya buat keputusan teman saya sampai waktu balik , haha :D manja kan ? oke , memang tak pun -.-' saya tahu itu

rasanya , bila nak ingatkan balik cerita neyh , memang gila malu lah .. super duper malu .. agaknya sekarang neyh budak yang ada dalam kelas tuh ingat ke tak yang saya nangis time tuh ? haha :D hope dorang tak ingat , malu seyh ! >.<'

"eh apa jadi dengan budak perempuan tuh?"

oke , dia berhenti nangis bila saya berhenti nangis .. bila ? masa mak saya cakap mak saya nak teman lah , ahaks xD kami still berkawan , and kami pernah jadi kawan rapat and paling rapat masa school rendah dulu .. masuk school menengah dah tak rapat sangat sebab masing-masing dah lain sekolah kan ? hurm -.-' tak pe , yang penting kami masih berhubung .. Facebook kan ada ? zaman dah moden lah you all ,

to budak perempuan tuh ---> kau ingat lagi ke tak ea moment tuh ?
kalau kau tak ingat , bagus lah , tak ada lah aku malu kuasa 100K .. tapi kalau kau ingat , boleh jadi sweet moment masa school rendah kan ? hee ^.^ kau memang sweet lah budak c(:

itu saja story Atyn .. ehek , boring ? i'm say sorry , saya tak ada cerita menarik macam korang .. best ? click LIKE dekat bawah post neyh keyh :) jangan gelak lebih-lebih sangat (kalau kelakar) , sebab korang pun macam tuh kan masa baru masuk school ? just tak seteruk saya kan ? oke fine -.-' haha



Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

nothing to display

 
 
 
hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
hari tuh ada sorang budak neyh tanya dekat Atyn , "kenapa tak buat tutorial blog?"

actually , niat di hati nak buat tutorial memang ada nak buat tutorial blog neyh .. tapi bila difikirkan balik , rasa nya tak perlu kot sbb dah ramai sangat lah yang buat tutorial blog ni .. 
kenalan Atyn pun dah ramai yang buat .. saya tak nak lah nanti dilabelkan sebagai "peniru" .. haha xD hate that perkataan yaww !
so , saya fikir punya fikir .. saya rasa tak perlu kot nak buat tutorial blog .. bila orang tanya , saya just akan bagi link blog yang ada banyak tutorial and yang saya selalu visit .. nanti pandai-pandai lah korang cari dekat situ apa yang nak di edit .. yang perlu korang tahu , cuma istilah-istilah dalam blog ni :)
nak tanya saya sangat punn , saya bukan pro sangat dalam bab blog neyh, ahaks c(X
 
kalau korang nak tahu saya selalu tengok tutorial dekat mana , jom VISIT THIS


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

alahai perempuan ヅ

Assalamualaikum w.b.t ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today saya nak share dengan korang pasal tabiat seorang perempuan ..

benda neyh saya dapat dari blog orang , and point dia best aww .. sebab ada certain point yang memang tepat kena dengan diri saya .. yang mana satu ? secret lah , haha :D
lelaki mesti suka baca neyh kan ? ye lah , korang mesti nak tahu pasal perempuan , sifat perempuan neyh macam mana kan ? bak kata korang "tak kenal maka tak cinta" tak gitu ? haha :D
to girls , benda neyh mesti sama dengan sifat korang kan ? even tak semua tepat , tapi ada yang tepat kan ?
sebab itu memang sifat manusia yang berjantina PEREMPUAN ^^
oke , daripada saya membebel panjang dekat post neyh , korang baca lah ye :)

  • Perempuan sangat suka tengok cermin sebelum dan selepas mandi.

  • Even seorang perempuan tu sayangkan seseorang , percayalah dia takkan mudah percaya lelaki tu .. Tapi bila dia dah percaya , jiwa raga semua dia sanggup bagi ..

  • Sekali perempuan terluka , dia takkan percayakan lelaki tu lagi ..

  • Bila seorang perempuan tu menjauh dari kekasihnya , dia sangat berharap agar kekasihnya datang memujuk ..

  • Perempuan perasan lelaki nak usha bila pandang pandang dia , sedangkan lelaki tu hanya pandang kejadian TUHAN yang sememangnya indah bagi lelaki !

  • Perempuan selalu berharap agar dapat ulang balik masa masa yang telah berlalu ..

  • Perempuan selalu sembunyikan perasaan sebenar sebab tak tau macam mana nak luahkannya ..



Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

perbezaan CINTA ROMEO dan CINTA ISLAM

 Assalamualaikum w.b.t ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today Atyn nak share dengan korang pasal cinta pulak , hee baca keyh c(:

CINTA ISLAM

seorang hamba Allah mencintai seorang wanita di yang ditutupi auratnya , diberati auratnya , di jaga setiap titik kulit dan setiap inci percakapannya .. tapi dia tidak berkata kepada wanita tersebut dan hanya meluahkan kepada Allah disetiap solatnya , ibadatnya , perlakuannya , hidupnya dan berdoa agar ditemui jodoh bersama perempuan itu .. sesungguhnya Allah itu lagi Maha Berkuasa dan setiap kali hamba ini berjalan dia akan berjumpa dan sentiasa mengingati wanita ini dan akan sentiasa meluahkan cintanya kepada Allah .. dan Allah itu mengetahui setiap detik hati seorang hambanya itu walaupun sebesar zarah sekalipun .. untuk mengelakkan zina dia tidak pernah berkata kepada perempuan itu , tidak pernah berjumpa bersua muka tapi hanya ternampak dari jauh ..

setelah lama akhirnya hamba Allah ini menguatkan diri dan pergi berjumpa Ibu Bapa perempuan itu .. Assalamualaikum sebagai pembuka bicara dan dengan berani dan izin Allah hamba ini berkata “Sesungguhnya Anak Tuan dan Puan adalah perhiasan dunia yang paling cantik dan indah yang dicipta oleh Allah dan saya disini ingin meminta izin untuk menikahi dia”. Kedua ibu bapa tersebut hanya diam sahaja dan dihiasi senyuman .. hamba ini pelik dan bertanya apa sebabnya .. sesungguh mereka sudah tahu dan wanita itu sudah sedia dan cerita kepada kedua ibu bapanya dan ibu bapa hamba ini juga sudah tahu dan mengejutkan mereka sudah menetapkan tarikh bila mereka akan disatukan .. nauzubillah, Allah itu maha berkuasa , seseorang yang berjuang nafsunya untuk mengelakkan zina dan menghalang matanya dari zina akhirnya mendapat kemanisan yang akan memberinya keindahan dalam kehidupannya malah menaikkan lagi keimanannya kepada Allah S.W.T ..

CINTA ROMEO

seorang lelaki yang mencintai perempuan ini dan dengan beraninya menegur dan berkata kepada wanita tersebut bahawa dia mencintai perempuan itu .. wanita itu menolak dan lelaki ini tidak berputus asa sama sekali .. di masa dan tempat yang lain dia mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai ia dapat mencintai seseorang wanita .. seorang wanita yang terbuka auratnya , terdedah segala titik kulitnya , terbuka segala aurat suaranya .. mereka bercinta berkasih sayang , di taman umpama dunia ini milik mereka .. Berkata I LOVE YOU tanpa had dan tanpa segan silu .. tiada lagi perbatasan antara keduanya walaupun masih lagi belum di halalkan antara mereka .. Berduaan di taman dan berjumpa di shopping compleks itu sesuatu yang biasa .. menonton panggung wayang adalah rutin mingguan dan makan bersama itu satu keperluan .. ibarat dunia ini milik mereka ..

keluar bersama di tepi laut menyaksi keindahan dan bertapa romantis tatkala di waktu matahari terbenam berwarnakan kekuningan matahari lelaki itu menunduk dan melamar wanita tersebut .. besertakan cincin dan mengatakan ‘Sudi Awak Kahwini Saya?’. wanita itu menerima lamaran lelaki tersebut dah mereka berkahwin dengan akad .. hidup mereka bahagia bersama ..

-------------------------------------------------------------------------------------------

cinta yang mana satu kita nak ?
sama-sama kita renungkan bersama dan memohon kepada yang Maha Esa ..
mudah-mudahan......

Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

oke the MEMORIAL moment on 2011 ♥

Assalamualaikum ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today saya nak share gambar je keyh , I don't have any idea to write / type ..
so hope you'll enjoy with my post today :)

actually , pagi tadi kebosanan gila-2 .. so tengah lepak-ing atas katil , saya pun bukak fon and see all photos in my memory card .. so , terjumpa pulakss gambar member-2 masa dekat school and outing ..
hati neyh pilu saja meyh bila tengok pics tuh .. rasa sebak jea , but I tried to be strong sbb orang cakap "air mata itu berharga sangat" so , I keep my air mata ..o^____^o.. SERIOUSLY , saya memang MISS gila dengan situasi-2 dulu .. GELAK TAWA KAWAN-2 , TANGISAN SAYA YANG DIPUJUK OLEH MY BEST FRIEND , CELOTEH DENGAN GURU , and banyak lagi .. semua tuh kenangan yang PALING INDAH masa di Secondary School :)

oke , tak mahu cakap banyak .. see sampai habis keyh --->

TIME HARI MERDEKA 16 SEPT 2011 ♥♥♥
hanya ini je yang datang + 2 orang lelaki ---> kami kongka kelas , and ambil gambar ☺







TIME MENGECAT KELAS DAN MENCANTIKKAN KELAS 23 SEPT 2011 ♥♥♥
yang banyak buat kerja neyh , girls oke ..o^____^o.. berkemahiran tak kami ? #oke , poyo





TIME EXPERIMENT PHYSICS (LENS)  03 OCT 2011 ♥♥♥
oke , last experiment thats why bawak fon :P lagi pun time neyh extra class oke





TIME GRADUASI KAMII 15 OCT 2011 ♥♥♥
kami dah graduate , dah tue dah masing-2 .. haha :D






♥ korang sangat-2 ! I know aku banyak buat salah dengan korang :) so aku mintak maaf keyh ..o^____^o..


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

minta pertolongan anda yang baik hati :)

Assalamualaikum ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today Atyn nak mintak tolong korang yang baik hati neyh boleh ?


LIKE this photo for me keyh ! ♥ thanks to who like this photo ^^
LIKE gambar ini untuk saya keyh ! ♥ terima kasih kepada sesiapa yang sudi LIKE ^^

1st step : Sila klik LIKE page Aina Fashionlista
http://www.facebook.com/pages/Aina-Fashionlista/131915366827147

2nd step
: klik LIKE gambar ini
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=313345655350783&set=a.313345565350792.81875.131915366827147&type=1&theater

thanks ye korang , saya bukan nak minta simpati atau macam mintak sedekah .. just nak mintak tolong korang jea like pics tuh ^^ hee kalau tak nak pun tak apa , saya tak paksa pun :) terpulanglah ~


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

suatu surat untukmu...



Assalamualaikum sayang ,

tarikh 20.08.2008 , tarikh yang sangat bermakna buat kita . pada tarikh itu juga , awak telah melamar saya untuk menjadi teman hidup awak buat selamanya . memang tidak dinafikan , awak sangat romantis pada malam itu . awak buat "surprise" untuk saya .

Pada malam tu , awak kata yang awak nak bincang sesuatu dengan saya . "Its about bisnes," you said . aku pun percaya kata awak , sayang . masa tu kita sepejabat . ada apa-apa perbincangan , kita pasti bersama . saya pun tidak sedar itu semua adalah helah awak supaya awak dapat bersama saya . sehingga pada malam itu , awak luahkan semuanya . awak bawa saya ke suatu tempat yang sangat indah . hati saya terkejut ! "candle light dinner?" fikiran saya mula bercelaru memikirkan adakah benar awak nak bincangkan pasal bisnes .

Setelah lama saya berdiam diri di atas kerusi berhadapan menghadap awak , awak keluarkan satu kotak segi empat berwarna merah dan letakkannya di atas meja . hati saya berdebar sangat . lantas awak berkata "sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya sepanjang hayatsaya ?" . sungguh saya tak percaya . ini bagaikan mimpi . untuk pengetahuan sayang , saya dah lama sukakan awak . sejak saya bekerja dengan awak lagi . cuma , saya tak mahu jadi perigi cari timba . dengan sifat terbuka hatinya , saya terima lamaran awak .

sayang ,
baru setahun lebih kita berkahwin , awak pergi begitu sahaja . awak pergi tinggalkan saya dan kandungan . awak pergi tanpa saya duga . walaupun saya tak rela , tapi saya redha dengan ketentuanNya . awak , masih lekat lagi dekat kotak memori saya tentang peristiwa pahit yang menimpa diri kita .
kemalangan itu bukan salah kita . tapi itulah yang dinama kan takdir .
lampu isyarat merah di simpang empat , kereta kita di hadapan . saat menunggu lampau hijau kembali menyala , kita berbual mesra . itulah saat terakhir kita bermesra . tiba-tiba datang satu kereta dari simpang kiri yang menuju kearah kereta kita . kereta tersebut langgar kereta kita . bahagian hadapan kereta kita hancur . paling teruk tempat awak , sayang . mak saya cakap , saya koma 1 bulan dekat hospital dan keadaan saya kritikal . awak pulak , dah pergi tinggalkan saya buat selamanya . mak cakap , kandungan saya mengandung pada waktu itu . kandungan saya baru berusia 2 minggu . saya tidak tahu mengenai perkara itu sebab saya tak dapat apa-apa tanda yang saya mengandung . andaikan awak ada di sisi saya sekarang , pasti awak gembira melihat anak yang ada dalam rahim saya . Subhanallah , anak kita selamat sayang masa kemalangan tu . inilah keajaiban Tuhan sayang .

sayang ,
walaupun awak tiada di sini lagi , tapi saya tetap akan simpan surat ini sebagai bukti saya sangat mencintaimu sayang . meski pun saya sudah tiada di dunia ini lagi , biarlah surat ini menjadi semangat buat anak kita untuk tidak mensia-siakan hidupnya bila dewasa kelak .
SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT SAYANG !!


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

tentang CINTA

Assalamualaikum ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today saya nak post karya saya sendiri ..

puisi neyh baru di reka pada pagi tadi jam 7.00 pagi .. haha :D time tuh memang dapat Ilham nak tulis pasal cintan cintun neyh .. #ececeh , oke hope you'll enjoy it and click "thumb up" oke ?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



CINTA ,
kau hadir tanpa diduga ,
terlalu banyak kemanisan yang kau beri ,
terlalu banyak kebahagiaan yang kau kongsi .
walau banyak rintangan melanda ,
namun kau tetap di sisi .

CINTA ,
bila hati dah berpindah milik ,
kau pergi tanpa ku rela ,
kemanisan menjadi pahit ,
kebahagiaan menjadi suatu kekecewaan .
hati ini rapuh dan lemah ,
bila kau tiada di sini ,
wahai CINTA ...

ketahuilah CINTA , bahawa
aku masih menyayangi mu walau
kau tiada di sisi ku lagi ...


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !