TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: suatu surat untukmu...

suatu surat untukmu...



Assalamualaikum sayang ,

tarikh 20.08.2008 , tarikh yang sangat bermakna buat kita . pada tarikh itu juga , awak telah melamar saya untuk menjadi teman hidup awak buat selamanya . memang tidak dinafikan , awak sangat romantis pada malam itu . awak buat "surprise" untuk saya .

Pada malam tu , awak kata yang awak nak bincang sesuatu dengan saya . "Its about bisnes," you said . aku pun percaya kata awak , sayang . masa tu kita sepejabat . ada apa-apa perbincangan , kita pasti bersama . saya pun tidak sedar itu semua adalah helah awak supaya awak dapat bersama saya . sehingga pada malam itu , awak luahkan semuanya . awak bawa saya ke suatu tempat yang sangat indah . hati saya terkejut ! "candle light dinner?" fikiran saya mula bercelaru memikirkan adakah benar awak nak bincangkan pasal bisnes .

Setelah lama saya berdiam diri di atas kerusi berhadapan menghadap awak , awak keluarkan satu kotak segi empat berwarna merah dan letakkannya di atas meja . hati saya berdebar sangat . lantas awak berkata "sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya sepanjang hayatsaya ?" . sungguh saya tak percaya . ini bagaikan mimpi . untuk pengetahuan sayang , saya dah lama sukakan awak . sejak saya bekerja dengan awak lagi . cuma , saya tak mahu jadi perigi cari timba . dengan sifat terbuka hatinya , saya terima lamaran awak .

sayang ,
baru setahun lebih kita berkahwin , awak pergi begitu sahaja . awak pergi tinggalkan saya dan kandungan . awak pergi tanpa saya duga . walaupun saya tak rela , tapi saya redha dengan ketentuanNya . awak , masih lekat lagi dekat kotak memori saya tentang peristiwa pahit yang menimpa diri kita .
kemalangan itu bukan salah kita . tapi itulah yang dinama kan takdir .
lampu isyarat merah di simpang empat , kereta kita di hadapan . saat menunggu lampau hijau kembali menyala , kita berbual mesra . itulah saat terakhir kita bermesra . tiba-tiba datang satu kereta dari simpang kiri yang menuju kearah kereta kita . kereta tersebut langgar kereta kita . bahagian hadapan kereta kita hancur . paling teruk tempat awak , sayang . mak saya cakap , saya koma 1 bulan dekat hospital dan keadaan saya kritikal . awak pulak , dah pergi tinggalkan saya buat selamanya . mak cakap , kandungan saya mengandung pada waktu itu . kandungan saya baru berusia 2 minggu . saya tidak tahu mengenai perkara itu sebab saya tak dapat apa-apa tanda yang saya mengandung . andaikan awak ada di sisi saya sekarang , pasti awak gembira melihat anak yang ada dalam rahim saya . Subhanallah , anak kita selamat sayang masa kemalangan tu . inilah keajaiban Tuhan sayang .

sayang ,
walaupun awak tiada di sini lagi , tapi saya tetap akan simpan surat ini sebagai bukti saya sangat mencintaimu sayang . meski pun saya sudah tiada di dunia ini lagi , biarlah surat ini menjadi semangat buat anak kita untuk tidak mensia-siakan hidupnya bila dewasa kelak .
SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT SAYANG !!


Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

0 00 orang nak cakap:

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !