TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: perbezaan CINTA ROMEO dan CINTA ISLAM

perbezaan CINTA ROMEO dan CINTA ISLAM

 Assalamualaikum w.b.t ,

hye pembaca blog Atyn ..o^____^o..
today Atyn nak share dengan korang pasal cinta pulak , hee baca keyh c(:

CINTA ISLAM

seorang hamba Allah mencintai seorang wanita di yang ditutupi auratnya , diberati auratnya , di jaga setiap titik kulit dan setiap inci percakapannya .. tapi dia tidak berkata kepada wanita tersebut dan hanya meluahkan kepada Allah disetiap solatnya , ibadatnya , perlakuannya , hidupnya dan berdoa agar ditemui jodoh bersama perempuan itu .. sesungguhnya Allah itu lagi Maha Berkuasa dan setiap kali hamba ini berjalan dia akan berjumpa dan sentiasa mengingati wanita ini dan akan sentiasa meluahkan cintanya kepada Allah .. dan Allah itu mengetahui setiap detik hati seorang hambanya itu walaupun sebesar zarah sekalipun .. untuk mengelakkan zina dia tidak pernah berkata kepada perempuan itu , tidak pernah berjumpa bersua muka tapi hanya ternampak dari jauh ..

setelah lama akhirnya hamba Allah ini menguatkan diri dan pergi berjumpa Ibu Bapa perempuan itu .. Assalamualaikum sebagai pembuka bicara dan dengan berani dan izin Allah hamba ini berkata “Sesungguhnya Anak Tuan dan Puan adalah perhiasan dunia yang paling cantik dan indah yang dicipta oleh Allah dan saya disini ingin meminta izin untuk menikahi dia”. Kedua ibu bapa tersebut hanya diam sahaja dan dihiasi senyuman .. hamba ini pelik dan bertanya apa sebabnya .. sesungguh mereka sudah tahu dan wanita itu sudah sedia dan cerita kepada kedua ibu bapanya dan ibu bapa hamba ini juga sudah tahu dan mengejutkan mereka sudah menetapkan tarikh bila mereka akan disatukan .. nauzubillah, Allah itu maha berkuasa , seseorang yang berjuang nafsunya untuk mengelakkan zina dan menghalang matanya dari zina akhirnya mendapat kemanisan yang akan memberinya keindahan dalam kehidupannya malah menaikkan lagi keimanannya kepada Allah S.W.T ..

CINTA ROMEO

seorang lelaki yang mencintai perempuan ini dan dengan beraninya menegur dan berkata kepada wanita tersebut bahawa dia mencintai perempuan itu .. wanita itu menolak dan lelaki ini tidak berputus asa sama sekali .. di masa dan tempat yang lain dia mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai ia dapat mencintai seseorang wanita .. seorang wanita yang terbuka auratnya , terdedah segala titik kulitnya , terbuka segala aurat suaranya .. mereka bercinta berkasih sayang , di taman umpama dunia ini milik mereka .. Berkata I LOVE YOU tanpa had dan tanpa segan silu .. tiada lagi perbatasan antara keduanya walaupun masih lagi belum di halalkan antara mereka .. Berduaan di taman dan berjumpa di shopping compleks itu sesuatu yang biasa .. menonton panggung wayang adalah rutin mingguan dan makan bersama itu satu keperluan .. ibarat dunia ini milik mereka ..

keluar bersama di tepi laut menyaksi keindahan dan bertapa romantis tatkala di waktu matahari terbenam berwarnakan kekuningan matahari lelaki itu menunduk dan melamar wanita tersebut .. besertakan cincin dan mengatakan ‘Sudi Awak Kahwini Saya?’. wanita itu menerima lamaran lelaki tersebut dah mereka berkahwin dengan akad .. hidup mereka bahagia bersama ..

-------------------------------------------------------------------------------------------

cinta yang mana satu kita nak ?
sama-sama kita renungkan bersama dan memohon kepada yang Maha Esa ..
mudah-mudahan......

Lot Of Love ,
Atyn PhotoLover


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

0 00 orang nak cakap:

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !