TUTORIAL TIPS LIRIK LAGU
ღ | ATYN PHOTOLOVER | ღ: 2013

JEMPUTAN KE "edufest" di DECTAR, UKM BANGI

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Hari ni saya nak menjemput korang semua untuk datang ke DECTAR UKM pada 15/12/2013. (di BANGI tau...) Akan ada satu program yang kita namakan "edufest". Seperti yang korang dapat lihat pada poster di atas, ada 4 orang jemputan luar kita panggil. Antaranya Amin Idris, Heliza Helmi, Ust. Haslin Bollywood dan Dr. Zaharuddin. Korangmesti sangka yang ni sekadar program motivasi kan? Anda salah... Dalam kita buat program motivasi, mestilah kena ada aktiviti lain jugak kan? Maka dengan itu, kami mengadakan aktiviti cabutan bertuah untuk hadirin yang hadir. InsyaAllah hadiahnya juga pasti menarik. Kalau nak tahu apa hadiahnya, kena lah datang ke DECTAR pada Ahad ni.

Jangan lepaskan peluang. Peluang hanya sekali. Ini terbuka kepada semua. Pembaca blog Fatin pun boleh datang join. Sediakan RM20, insyaAllah anda dapat ikuti program ni. Semoga Allah permudahkan segalanya :)



THANKS SUDI MEMBACA ^.^

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PILIHAN SAYA!

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Lama sudah saya tak update blog kan? Adalah dalam 4 hingga 5 bulan. Almaklumlah dah bergelar seorang Mahasiswi kan. Agak sibuk sikit lah dengan assignment, perjumpaan sana sini. Tapi, hari ni saya berkeras hati jugak nak update blog. Tak nak bagi blog saya ni kusam sangat. Nanti tak menarik pulak bila orang buka benda yang sama je muncul. Dah macam stick post pulak kan. Haha so now jom update pasal tempat saya study pulak. UKM Bangi.



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau nama english dia The National University of Malaysia. Universiti ni ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Kampus utama UKM ni dekat Bandar Baru Bangi which is tempat saya study sekarang. Sekarang ni UKM ada 3 kampus. Kampus Bangi, Kampus Cheras dan Kampus KL.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Bhd. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan (Research University, RU). Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings.

Seperti apa yang korang tahu, UKM ni memang mementingkan Bahasa Melayu. Sampaikan Teknik Matematik dan Mikrokomputer pun dalam BM. Mulanya memang agak sukar nak bawa benda baru kan sebab kita hidup dengan Math dalam BI ni dah dekat 4 tahun. Tiba-tiba BM. Agak merangkak, tapi sebagai warganegara Malaysia kita kena martabatkan Bahasa kebangsaan kita kan? Jadi, saya dengan berlapang hatinya cuba untuk belajar dalam bahasa Melayu ni. Even susah, tapi insyaAllah senang suatu hari nanti :)

Di UKM kampus Bangi ada 10 Kolej kediaman kalau tak salah saya lah. Saya menetap di Kolej Aminuddin Baki yang mana antara kolej terawal dibina. Nama kolej ni di ambil bersempena dengan nama bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia", Aminuddin Baki. Nak pendekkan cerita beliau sangat educated dan berkepimpinan tinggi.

Saya di UKM ni ambil kursus Ijazah Sarjanamuda Sains dengan kepujian (Teknologi Kimia) atau nak paling ringkas Teknologi Kimia. Course ni di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSKTM) dan Pusat Pengajian ini di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Mula-mula nak faham struktur benda ni agak pening sikit. Tapi after 4 bulan duduk kat sini alhamdulillah faham jugak akhirnya. Haha

UKM ni juga menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Universiti terkenal kan, siapa yang tak minat nak masuk. Sila-sila lah daftar sebagai mahasiswa/mahasiswi di UKM ni. Tak sia-sia. Asalkan rajin belajar :)
Aktiviti kat sini pun best-best. Kalau korang aktif, ada peluang tau muka korang nak masuk majalah atau surat khabar. Haha

Result kena tinggi? Yeah. Tu mestilah kalau nak selamat. Tapi, kalau ada rezeki tu dapat je walaupun pointer biasa-biasa. Kat sini kita mula hidup baru. Bukan macam hidup waktu zaman sekolah dan Matrikulasi. Semua berdikari dan semua benda baru. Result yang lepas tu jangan dikenang. Move forward. jadi, kepada adik-adik yang baru lepas SPM tu, jangan lupa letak UKM choice pertama tau. Yang lepasan STPM tu pun sama. Boleh jumpa saya. Wink ~.^

Selamat menjalani dunia baru dan good luck untuk pembaca semua.


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)



THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Giveaway Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Klick Banner untuk JOIN :)


Bismillahirrahmanirrahim,
Fatin saja nak cuba nasib. Almaklumlah, bulan puasa ni orang kata ada rezeki tak kemana. Jadi, mungkin kali ni rezeki Fatin pulak kan. InsyaAllah :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

2nd Mini Giveaway by Y.E.A =)

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Tarikh berlangsung
16 Jun 2013-16 Julai 2013

-2nd Mini Giveaway by Y.E.A =)-



Terima kasih kepada para sponsor yang baik hati :

Hadiah Menarik untuk Giveaway kali ini :
  • 1 set barangan Angry bird *Sponsor by Elma
    (1 porch beg + 3 mini Angry bird : putih , hitam , merah )
  • Cute Mini Accessories *Sponsor by Elma
    ( 2 hairclips + 5 mini brooch )
  • The Bride Teddy Bear with cute wedding dress *Sponsor by Elma
  • T-shirt Converse *Sponsor by Elma
    ( Saiz L )
  • Topup RM5 x 2 *Sponsor by Elma
  • 1 Note Book *Sponsor by Syara
  • 1 Satin Abstract Shawl *Sponsor by Fie-Lieyya Dreams Online Shop
  • 1 Skirt Stylista *Sponsor by Nur Be'lla Collection
  • Baucer belian RM8 x 2 *Sponsor by Kedai Cetak Cenderahati NZ Harmoni
  • Badge design nama sendiri x 10 *Sponsor by Pretty Little Badges
  • 1 Twinniey Pillow *Sponsor by Arasera Crushiess
  • 1 Cutty Pillow *Sponsor by Arasera Crushiess
  • Tasbih digital x 4 *Sponsor by Kedai Serbaneka Kelantan
  • Baucer belian RM5 x 3 *Sponsor by ShawlsToLove
  • Felt Bookmark x 2 *Sponsor by Cik Mun
  • Shawl Cotton/Chiffon x 2 *Sponsor by LUV hijab
  • Baucer belian RM8 x 5 *Sponsor by Xara Xandra Boutique
  • Rasha Chiffon Shawl x 3 *Sponsor by My Bawal Project
  • Bloglist x 3 di blog Arni *Sponsor by Arni
  • Header Blog x 3 *Sponsor by Arni
  • Instant Hijab x 3 *Sponsor by Zyranee
  • Bag x 3 *Sponsor by Dressuana
  • Plain Shawl x 2*Sponsor by Shawls Gallery
  • Bloglist x 8 di blog ini *Hadiah Saguhati
GAMBAR HADIAH : SINI


64 orang pemenang dicari !*Updated on 27/6/2013

Para pemenang : 100% Random.org

Click banner to join ! =)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

GIVEAWAY GEMPAK RAYA 2013

Assalamualaikum w.b.t and Hello!





ADA 43 PEMENANG YANG BERTUAH !!

Hadiah - Hadiah Menarik :

1- Skirt Stylista
2- Cursor Bertema
3- Top
4 - Dress
5- Topup RM5
6- Novel Adam Dan Hawa
7- Pretty Little Badge
8- Instant Hijab 
9- Bag
10 - Tudung/Shawl
11- Tudung Nur Kasih
12- Earring
13- Nano white infinity trial cream
14 - Perfume
15- Shawl + Inner
16 - Hair Ribbon Clips
17- Gelang
18- Shawl
19-Topup RM5


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

LIRIK LAGU: HEART ATTACK by DEMI LOVATO

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Lagu Demi Lovato sangat popular. Dan lagu terbarunya yang sangat MELETUP sekarang ni adalah Heart Attack. Wah, hangat dimainkan di corong-corong radio. Anak muda sekarang ramai menggemarkan lagu ni. Jadi, kalau nyanyi tapi salah lirik tak best jugak kan? Jom hafal lirik ni.

DEMI LOVATO - HEART ATTACK

Putting my defenses up 
Cause I don’t wanna fall in love 
If I ever did that, I think I’d have a heart attack 

Never put my love out on the line 
Never said yes to the right guy 
Never had trouble getting what I want 
But when it comes to you I’m never good enough 

When I don’t care 
I can play him like a Ken doll 
Won’t wash my hair 
Then make him bounce like a basketball 

But you make me wanna act like a girl 
Paint my nails and wear high heels 
Yes you make me so nervous that I just can’t hold your hand 

You make me glow 
But I cover up, won’t let it show 
So I’m putting my defenses up 
Cause I don’t wanna fall in love 
If I ever did that, I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 

Never break a sweat for the other guys 
When you come around I get paralyzed 
And every time I try to be myself 
It comes out wrong like a cry for help 

It’s just not fair 
Brings more trouble than it all is worth 
I gasp for air It feels so good, but you know it hurts 

But you make me wanna act like a girl 
Paint my nails and wear perfume 
For you, make me so nervous that I just can’t hold your hand 

You make me glow 
But I cover up, won’t let it show 
So I’m putting my defenses up 
Cause I don’t wanna fall in love 
If I ever did that, I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 

The feelings got lost in my lungs 
They’re burning, I’d rather be numb 
And there’s no one else to blame 
So scared I’ll take off and run 
I’m flying too close to the sun 
And I’ll burst into flames 

You make me glow 
But I cover up, won’t let it show 
So I’m putting my defenses up 
Cause I don’t wanna fall in love 
If I ever did that, I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack 
I think I’d have a heart attack


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

LIRIK LAGU: KITA by FOURTEEN

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Korang mesti tau kan cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia yang di tayangkan di TV3 setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam? Sure korang tau punyaaa. Korang mesti tertanya2 lagu apa yang dalam cerita tu kan? Alagh OST dia tu. Ni lah lagu dia. Lagu dari Fourteen - Kita. Jom sama-sama hayati lirik dia.

FOURTEEN - KITA

Kau renunglah wajahmu
Di manakah hilangnya raut seperti dulu bila di cemar aira mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

* Corus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi takkan kehilanganmu

Ulang *


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

MINI GIVEAWAY BY DIYANAHANI

Assalamualaikum w.b.t and Hello!



Click banner untuk JOIN.

Jom join Mini Giveaway ni. InsyaAllah kalau ada rezeki hadiah itu akan jadi milik anda. Hadiah yang ditawarkan adalah:

-Moustache watch~1
-Perfume~2
-Keychain~3
-Spectacle~1
-Full Edited~1
-Banner GIF~2
-Header~3
-RM5~10
-Hadiah misteri~3
-Brooch+Pin Shawl~3
-Keychain Hp+Klip Rambut-2

Jadi, apa tunggu lagi. Jom ramai2 click banner dan follow syarat untuk join. SELAMAT MENCUBA :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

SEGMEN MENANG HANDPHONE

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Haa, korang mesti excited kan bila baca tajuk entri saya kali ni? Yes, for sure lah siapa yang tak nak hadiah handphone kannn? Saya baru sahaja join segmen dari blog Zeera. Beliau yang anjurkan segmen ni. Kalau korang nak join, boleh singgah di Jejari Zeera. SELAMAT MENCUBA :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

TIPS: KUATKAN INGATAN

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Kali ni saya nak kongsi tips cara untuk menguatkan ingatan. Ramai yang bersungguh-sungguh study tapi bila nak jawab soalan jadi blur~~~~ Bila dalam class, apa yang cikgu ajar pergh! On the spot boleh jawab but bila exam. (....) Ada banyak sebab kenapa jadi macam tu. One of them adalah sebab kita lupa apa yang kita baca dan kita belajar. Sebab yang lain pula sebab kita memang tak faham soalan tu. Saya faham sebab saya pun macam tu dulu. But since masuk matrikulasi I got that tips. Lecturer Chemistry saya yang ajar. Kalau korang nak tau, adik-adik nak tau, tips ni sangat berkesan. Percayalah. Jadi, di sini saya bentangkan tips-tips untuk menguatkan ingatan kita. harap baca sampai habis :)

1. Baca Al-Quran

Membaca al-Quran bukan sahaja dapat memantapkan iman, dapat pahala, malah ia dapat menguatkan ingatan kita. Secara dalamannya, bila kita baca al-Quran hati kita akan tenang dan mata kita akan suci bila lihat ayat-ayat al-Quran seperti itu. Sekali gus kita dapat dekatkan diri dengan Allah. Macam dalam 'tips untuk cemerlang dalam exam' yang saya post hari tu ada saya nyatakan bahawa salah satu tips adalah dekatkan diri dengan Allah. And here the point. Bacalah al-Quran walaupun satu muka surat sehari. Jangan tak baca langsung :)

2. Elakkan melihat perkara haram

Yang ni ramai lepas pandang. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan kawan-kawan, tolong ambil PERHATIAN dalam point ke-2 ni ye. Sekali awak tengok benda 'LUCAH', percayalah awak akan lupa terus apa yang awak belajar sekaligus boleh merosakkan iman. Bukan setakat benda lucah, aurat orang pun. Bukannya saya suka-suka nak kata. Tapi ini berdasarkan pemerhatian. Lihat orang yang suka tengok cerita 'blue' *maaf saya katakan* berapa ramai yang berjaya? Dan orang yang berjaya pasti dirinya dekat dengan Allah. Aurat orang pun tak boleh tengok ke? Yes. Itu berdasarkan pengalaman saya sendiri. Maaf, saya juga manusia biasa. Tapi bukan yang 'tu' ni pasal lain. Okay, saya peminat korea. Saya ada je simpan mana-mana v-song korea ni. Memandangkan saya ni perempuan, aurat perempuan dengan perempuan pusat hingga lutut. Jadi kalau dalam video tu mana ada yang pakai skirt bawah dari lutut, semuanya atas lutut. Masa saya tengok v-song dorang tu, serious kalau nak ingat balik apa yang lecturer ajar, susah sangat. Percayalah. 

3. Berus gigi sebelum mula study

Eh eh, berus gigi pun salah satu cara nak kuatkan ingatan? Ye, sebab kita nak study ni kena sentiasa 'fresh' baru masuk dalam kepala otak kan? So thats why lah berus gigi sebelum study. Trust me, korang akan rasa selesa nak study.

4. Jangan terlalu berangan-angan

Nak berangan-angan tu boleh, tapi jangan melampau sangat. Pagi petang siang malam nak berangan je. Kerja langsung tak jalan. Pegang kata-kata ni, "don't dreaming to get something, but you must do something to make your dream become reality". Fahamkan? Okay good :)

Setakat ni je yang mampu saya taip. Kalau ada lagi tips, saya akan kongsikan. Kalau nak tau macam mana nak cemerlang dalam exam, jom baca kat SINI :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

TIPS: CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Kali ni saya nak share TIPS untuk cemerlang. Mungkin tak semua akan cemerlang seperti orang lain. Tapi percayalah kecemerlangan itu berhak atas sesiapa sahaja yang berusaha. Allah dah janjikan dalam al-Quran. Siapa yang berusaha, Allah akan beri ganjaran. So, kalau nak cemerlang, kena ada usaha. Membaca tips yang akan dikongsikan ini juga sebahagian dari usaha tau. Jadi, keep ready ye :)

1. Ulangkaji pelajaran

Jangan study last minute. Maksud 'last minute' kat sini adalah study seminggu sebelum exam. Sepatutnya, dalam masa sebulan sebelum exam tu kita bukan study, tapi ulangkaji. Eh, bukan sama ke? Nampak sama, tapi sebenarnya lain. Study tu kita baru nak tercari-cari apa yang kita belajar. Kalau ulangkaji ni kita fahamkan dan mantapkan lagi pemahaman kita tentang sesuatu topik. Ulangkaji last minute lagi bagus dari study last minute. Harap korang faham apa maksudnya okay :)

2. Focus dalam kelas

Bagi pelajar sekolah, anda dinasihatkan untuk tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Kalau tak boleh, ambil kelas tambahan dan beri perhatian dalam kelas tambahan tersebut. Kalau dua-dua adik-adik tak focus, adik akan rasa study ni susah. Percayalah cakap akak. Bagi college student macam saya ni pula, pastikan tumpu perhatian dalam kuliah. Kalau tak boleh, tutorial ataupun tumpukan perhatian bila study sendiri. Ada yang tak faham, guru-guru sedia membantu.

3. Jalinkan hubungan baik dengan guru

Haaa, yang ni sangat sangat sangat penting. Kenapa? Adik-adik dan rakan sebaya, percayalah hubungan baik dengan guru atau lecturer dapat membantu dalam pemarkahan tau. Okay, yang tu bagi budak college macam saya je lah kot. Apa gunanya hubungan baik dengan guru? Banyak guna dan faedahnya. Guru tu umpama ibu bapa kita bila kita di sekolah kan? Doa guru ni tidak ada hijab tau dengan Allah. Direct terus pada Allah. Kalau adik2, awak2 dan abg2 kakak2 buat baik dengan guru pasti perkataan yang keluar dari mulut guru tersebut perkataan yang baik. KATA2 ITU SATU DOA tauuuu :)

4. Jaga hubungan dengan Allah

Dear, ini paling PENTING dan UTAMA. Jaga solat, jaga aurat, jaga tingkah laku. Allahu Rabbi, sangat tenang untuk belajar kalau hubungan dengan Allah itu sangat erat. Tak percaya? Belum cuba belum tau dear. Solat tu jangan lupa tau. Kalau boleh, buat solat Dhuha, solat Hajat. Allah yang memberi segala kejayaan tu. Sebelum study tu, baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan doa penerang hati. InsyaAllah kalau sentiasa buat ni kita akan ingat apa yang kita belajar. Ini apa yang saya buat masa di Matrikulasi dulu. Sebelum kita study ingat Allah, minta pertolongan dari Allah supaya permudahkan kita faham, Allah pasti bantu. Macam tu dalam kelas. Baca doa penerang hati. Orang lain tak baca tak apa, yang penting awak baca sebelum cikgu mula mengajar.

5. Minum air yang cukup

Seeloknya 8 gelas sehari bersamaan 1600mL per day. Banyak sangat? Takut kembung perut? Bukannya minum sekali gus sayang oii. Minum lah sikit2. Yang penting cukup. Kita ni perlukan oksigen yang cukup. Tak percaya? Lihat orang cina yang pandai. Apa yang ada dalam beg mereka kalau bukan botol air mineral yang besar kan? Kenapa kita tak nak cuba semua tu? Malu? Nak cemerlang pun malu? Malu bawak botol air tapi tak malu but dosa? Deep! Haa kene setepek. Sorry, sekadar nak ingatkan. So, minumlah air yang secukupnya okayyyy :)

6. Jaga hubungan baik dengan semua orang

Jangan sesekali buat orang sakit hati. Kenapa? Takut nanti orang sumpah kita ke, maki kita ke. Kata2 itu satu doa. Kita pulak jangan lah cakap buruk pasal orang. Cakap benda yang baik. Kalau kita cakap benda yang baik pada orang, insyaAllah benda baik yg kita cakap tu kita akan dapat balik. trust me :)

Rasanya setakat tu je untuk hari ni. Nantikan sambungan TIPS MENJELANG HARI PEPERIKSAAN pula nanti :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

KISAH SERAM #3

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Wah, terima kasih sebab sudi membaca Kisah Seram saya. Ni dah masuk yang ke3. Nak baca yang ke2 dan pertama, click SINI dan SINI. Selamat membaca! ^.^

Kisah kali ni nak cerita masa saya dah besar pulak. Eh besar sangat ke? Haha besar lah jugak. Umur 13tahun. Haa besar kan? Besar kan? Hee. Tapi kali ni dah tak seram sangat macam yang sebelum ni. Kenapa? Macam saya cakap lah, dah besar ni kurang sikit. Tapi kan, kurang-kurang pun agak sakit ahh bila kena tu. Nak tau apa jadi kat saya masa form 1? Teruskan membaca.....

Kali ni dah tak berlaku waktu malam. Berlaku waktu petang. Petang tau uolls, jangan sangka 'benda' tu kacau kita malam je. Ye lah, syaitan kan akan selalu ganggu kita. So anytime lah dia akan ganggu. Saat kita lalai, kita lemah. Nahhhh, peluang untuk dia 'mengorat' kita. Mengorat pun boleh. Haha. Cerita kali ni tak seram mana. Tapi agak nak gugur jantung, hati, hempedu, usus. Eh? Melebih pulak :D

Pada petang tu, saya tengah syok tengok cerita. Waktu tu cerita kartun apa entah. Almaklumlah form 1 kan otak kebudak-budakan lagi. So, hadap TV and tengok cerita kartun lah, mana heran UPSR ni. Haaa, nampak tak nakalnya saya masa kecil dulu? Okay, tengah syok tengok TV ada orang datang duduk dekat sebelah Fatin. Masa tu tinggal saya dan budak jagaan 2orang kat ruang tamu. Adik kat dalam bilik. Mak kat dapur masa tu. Nak tau siapa yang datang duduk sebelah saya? Kawan saya. Saya pun pandang sekilas je lah, TV lagi penting masa tu. Bila kawan datang rumah, borak lah dengan dia, biasalah orang peramah memang macam ni. Oppppssss, perasan. Tanya lah dia, kenapa datang? Gangsternya ceq masa tu. Dia habaq nak mengaji. Eh jap jap and jap. Kalau nak mengaji bukan ke lepas maghrib? Ish, tak pe lah, nak mengaji awal lah tu kot. Kata hati masa tu. Lepas tu bila kalih lagi tengok dah tak ada. Hamboi, baru tanya satu soalan dah balik? Lahaiiii minah ni. Merajuk ke apa. Dan tibalah Azan Maghrib, okay tutup TV and solat. Budak mengaji pun mula datang. And korang tau saya nampak siapa? Jeng jeng jeng...............




















Saya nampak kawan saya yang datang petang tadi. Ya Allah, masa tu tak fikir apa lagi. Then tanya lahh dia. Bukan Tehah dah datang ke petang tadi mengaji? Korangi mesti dah boleh agak kan apa jawapan dia? Yes! Exactly! Dia memang tak datang petang tadi. Uollssssss, saya cakap dengan dia bertentangan mata kot. Agak lah, takkan mimpi. Masa tu baru terfikir macam-macam. Dengan siapa aku cakap tadi. Siapa yang datang tadi. Okay, nak kepastian lagi tanya mak. Mak cakap memang Tehah tak datang pun petang tadi. Yang lagi menyirap darah, bila teringat yang saya jumpa 'Tehah' petang tu dia pakai baju putih. Haaaa, malam tu dia pakai baju hijau tak silap. Jauh beza tu kot. Masa tu rasa macam nak gugur segala organ dalam badan. Macam tak percaya saya cakap dengan 'Tehah' you know what I mean kan? Haha sangat lawak, tapi seram pun ada. Fuhhhh, nasib badan lah. Menggigil masa teringat tu. Lepas peristiwa tu, bila tinggal sorang-sorang dalam rumah saya mesti terfikir "Entah2 yang balik nanti bukan mak and adik yang sebenar" Haha pemikiran budak betul! Memang masa mak balik tu, dah takut dah takut tiba-tiba tengah cakap-cakap dengan 'mak', mak baru masuk. Then kalih dekat 'mak' jadi benda lain pulak. Fuhhhh, naya kot kalau macam tu. Pengsan habis!

Tapi sekarang dah matang, dah boleh fikir. Yang Allah tu sentiasa ada dengan kita. So takut tu dah tak ada sangat. Alhamdulillah :)

"Buat apa kita nak takut dengan makhluk ciptaan Allah juga, sedangkan kita pun ciptaan Allah. Takutlah pada Allah"


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

KISAH SERAM #2

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Welcome to cerita seram part 2 saya. Kisah ni kisah benar tau. Eh, dah part 2? Mana part 1? Haa ni mesti tak baca lagi kan part 1 punya? Kalau berminat nak baca, singgah di SINI. Malam ni still lagi cerita masa saya kecil. Banyak cerita seram amsa saya kecil je. Dah besar jarang. Nak baca tak? Kalau nak, teruskan bersama Atyn Photolover blog. Kembali selepas ini......
Hamboi, dah macam pengacara TV pulak kan. Korang mesti tertanya2, bila nak start cerita ni kan? Relaks dulu, chill dulu. Pi ambil air dulu ke, makanan ke, or bantal ke. Macam seram sangat pulak kan? Okay3, jangan marah. Sabar3. Jom sambung cerita.
Berlaku pada satu malam. Haa, malam lagi uolls, tapi bukanlah malam buta, ni malam rabun sikit. Eh gurau je. Adalah dalam lepas maghrib macam tu. Kisah dia saya dengan adik saya nak pergi kedai. Masa tu nakal sikit, pergi kedai lepas maghrib. Ye lah, planning bukan main cantik lagi ajak adik pergi kedai lepas solat maghrib tu. Buat apa pergi kedai malam2? Macam biasa lah, nak beli makanan. Budak2 kan. Beli jajan and gula2 lah masa tu. Masa tu tak ada lah around 5-6 years, masa tu darjah 3 tak silap. Ceq pun dah lupa. Haa, dah besar sikit dah kan. Dah boleh lah nak berdikari :D
Masa kitorang nak pergi kedai tu, kitorang lalu tangga hujung. Kat flat ni ada 3 tangga. Hujung kanan, tengah and hujung kiri. Kitorang ikut tangga hujung belah kanan kalau dari rumah kitorang lah. Okay kebetulan masa tu tangga tu agak kelam suasana. Kalau tak selalunya cerah je. Maybe lampu dia dah nak rosak dah kot. Sebab tu lah kot. Kitorang teruskan perjalanan menuju ke kedai. Dah sampai kat bawah, kitorang still lagi kat tangga. Tiba-tiba......................................
Tiba-tiba adik saya berhenti. Eh eh, dah kenapa pulak budak ni berhenti kan? Bila tanya kenapa, dia kata tak ada pape. Okay, tteruskan lah pergi kedai. Beli lah apa yang ktiorang nak. Banyak duit nak beli apa yang kitorang nak? Kumpul duit maaa, semata-mata untuk makan! Yeay! Haha itulah hobi saya masa kecil. Okay, dah settle beli apa lagi nak buat balik lah kan. Takkan nak merayau pulak. Kami anak soleh dan solehah tauuuu. Ohh you, perasannya. Korang mesti tertanya-tanya kanm, adik saya tu lelaki ke perempuan. Umur dia berapa. Kan? Kan? Kan? Dia lelaki, masa tu umur dia 7 tahun. Darjah 1. Kecik lagi kan? Haa, kakak dia lah yang jaga. Perasan lagi minah ni. Kitorang balik tangga yang sama. Masa tu adik saya suruh naik cepat-cepat. Dah apasal pulak budak ni suruh naik cepat-cepat kan. Dah sampai rumah dia cerita masa kitorang tengah makan makanan yang kitorang beli. Nak tau apa dia cerita? Pergi minum air dulu. Mesti penat scrroll Blog ni tadi kan? Dah? Haaa, bagus3 :D
Adik saya cerita, dia nampak ada satu bebola yang berapi kat atas masa kat tangga tu. Alah, masa dia stop tadi. And dia cakap lagi dia nampak ada benda putih dekat bucu tangga tu masa nak balik. Pergh! Meremang bulu roma bila adik cerita tu. Memang dah tak lalu dah kot tangga tu lepas kejadian tu. Dah besar ni baru lalu balik. Bila nak buang sampah, kitorang akan lalu dekat tangga tu, memang bila balik lebam badan kot. MAsa tu mak ajar kalau nak keluar jangan lupa baca Bismillah and Auzubillah. kalau boleh baca ayat kursi and 3Qul sekali. Masa tu kecil lagi, ayat kursi tak hafal sangat kan. So baca yang mampu je lah. Dah besar ni memang amalkan je lah apa yang mak ajar tu. Alhamdulillah dah tak kena masa lalu kat tangga tu.
Konklusinya, walau apa pun yang terjadi ingatlah bahawasanya kita ada yang menjaga iaitu ALLAH S.W.T. 

Nantikan sambungan Kisah Seram #3 pula :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

TIPS: CARA BENTUKKAN ANAK TUDUNG SYRIA

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Mesti ramai tertanya2. Macam mana nak pakai tudung Syria? Sebab ada yang suka buat muncung kat bahagian atas kan? Ye lah, orang kata kalau muncung kat belah atas tu nampak okay means lawa sikit. Saya ada cara macam mana nak buat tudung Syria tu jadi muncung macam dalam gambar saya ni. Macam mana? Haaaa, kena baca lah lagi.



TIPS #1: Masa korang beli tu, seeloknya pilih yang jenis cotton. Kenapa? Sebab kalau jenis cotton dia agak tebal sikit dan senang dibentuk. Lagi pun dia statik, tak bergerak macam anak tudung Syria yang jenis soft tu. Yang saya pakai tu jenis cotton. Yang tu beli dekat Penang. Jauh kan? Harga dia murah je RM10. Dah3, jangan tengok lama2 sangat gambar tu. Malu ceq, scroll bawah cepat3! :D

TIPS #2: Dah pilih elok2 jenis kain untuk tudung anak tudung Syria tu, korang belek anak tudung tu. Haa belek jangan tak belek. Nampak tak ada jahitan dekat bahagian belakang tu? Nampak kan? Haa korang ambil yang jahitan belah hujing tu. Yang mana? Hujung yang betul2 di bahagian tengkuk kita bila dah pakai tu. Tak faham juga? Tengok gambar bawah ni. Haa kan senang. Korang tetas jahitan kat situ. Oppppssss! NANTI DULU. Jangan tetas terlalu banyak takut nanti jadi longgar. Tapi kalau dah terlajak, korang pandai2 lah letak pin masa nak pakai tu bagi ketat. Korang tetas sampai anak tudung Syria tu jadi bentuk yang sesuai dengan muka comel korang. Haa dah jadi? Good job :)
Coret-coret: Tips #2 ni boleh juga guna untuk anak tudung yang ada awning.


TIPS #3: Jangan gosok/streka/iron bahagian depan anak tudung Syria tu. Sebab nanti susah nak bentuk. Kalau yang ada awning, korang kena jaga elok2. Jangan sesekali basuh menggunakan mesin. Kalau nak lipat, lipat 2 habagian sahaja. Jangan lipat bahagian awning tu. Nanti susah nak bentuk. Kalau anak tudung Syria tu boleh je kalau nak basuh guna mesin. No hal lah.
Itu saja tips yang mampu saya berikan. Korang nak tips yang lain? Tunggu entry yang lain lah pulak ye. 
SELAMAT MENCUBA! Kalau dah jadi, jangan lupa post komen kat sini :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

KISAH SERAM #1

Assalamualaikum w.b.t and Hello!





Hari ni rasa macam nak cerita pasal pengalaman saya kena ganggu. "Ganggu"? Biasalah hantu memang tak ada, yang ada syaitan dan jin yang suka mengacau manusia kan. Cerita ni masa saya kecil lah. Kira-kira umur 5-6 tahun. Almaklumlah, dah lama kan. Mana ingat umur berapa. Tapi peristiwa tu masih ingat lagi. Siapa boleh lupa kan? Cerita dia macam ni....... *pandang atas sambil tongkat dagu*

Pada satu malam tu, saya tidur seorang diri dalam bilik. Almaklumlah, bajet berani tidur sorang2. Dalam pukul 2 pagi tak silap masa tu. Eh, pandai pulak budak 5-6 tahun ni tengok jam kan? Haha betul lah. Jangan tak percaya ye. Dalam pukul 2 tu, dengar bunyi pintu beranda terbuka. Bilik saya ni kira dekat dengan beranda lah. Tingkap bilik tu memang dekat beranda. Haa boleh bayangkan kan? Bayangkan lah macam mana pun. Bukan setakat bukak je, siap tutup then bukak balik. And dalam fikiran masa tu pulak "Mak buat apa kat beranda tu eh?". Ye lah, mak saya ni kan memang rajin sangat2. Kadang2 pukul 1 pun boleh lagi memasak.

Dengan berani saya pergi lah kat luar. Bajet berani je kan Fatin ni? Haha biasalah masa kecil mana fikir benda2 tu. Fikir nak main je. Actually keluar bukan nak pergi dekat beranda tu ada apa, nak tengok mak tengah buat apa je. Okay, mak tidur. Then fikir mak dah tidur balik kot. And, sambung lah tidur balik. Dengar lagi. Eh mak bangun lagi ke? Haa kali ni dah tak berani dah. Memang terus tidur. Agak lah nak pergi usha kat tingkap ada apa. Kang muncul benda lain kang macam mana? Tak ke pengsan ceq kat situ? Haha budak kecil kan, fikiran memang hyperbola.

Pagi esoknya, masa lepak dengan mak and adik keluarlah soalan "Mak bangun ke pagi tadi?" haaa korang mesti dah boleh agak kan apa jawapan mak saya? Yes! Memang mak tak bangun pun. Saya tanya banyak kali betul ke mak tak bangun? Jawapan masih lagi sama. Dalam hati memang dah takut, tapi sebab Fatin bajet2 berani, kuatkan diri jugak. Malam esoknya tidur seorang diri lagi. Nak tau apa jadi? jadi benda yang sama, dan tanpa buang masa apa lagi. Ready! Set! Go! Tidur dengan mak. Since daripada tu, tidur dengan mak je.

Ini baru satu kisah. Nak kisah lain lagi? Tunggu kisah seram #2 akan datang :)

Jin dan syaitan akan mengganggu kita sehingga hari kiamat. Maka, persiapkan iman dan diri. Percaya dan yakin pada Allah. Allah ada menjaga kita. Takutlah hanya pada yang satu iaitu ALLAH :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

PERKONGSIAN HIJRAH DAN KATA HIKMAH

Assalamualaikum w.b.t and Hello!

Setiap yang muslim/muslimah itu terkadang mempunyai kisah silam yang hitam.

Setiap yang berada di atas bermula dari bawah.

Ye itu kata-kata hikmah yang sangat kena dengan saya. Kenapa? Saya post entry ni bukan sebab nak menunjuk atau membangga diri, cuma nak share pengalaman saya. Ada juga yang tanya, "Macam mana kau boleh berubah?" "Dulu lain, sekarang lain". Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi yang lebih baik menuju ke jalan Allah. Jadi, sekadar ingin berkongsi dan juga ingin saling mengingati saya post entry ni. Sama-sama lah baca ye :)

Saya yang dulu memang tak pandai nak jadi baik. Saya mengaku saya juga memang jahil dulu. Sebab saya tahu saya jahil, dan Allah beri hidayah pada saya, saya kini mencari jalan Allah. Mungkin hidayah yang saya dapat tidaklah sebesar orang lain. Tapi yang dikatakan hidayah itu bila Allah telah buka pintu hati kita untuk kembali ke jalanNya dan juga perasaan malu untuk berbuat dosa. Allahu Rabbi memang dapat rasakan betapa tenangnya bila dekat dengan Allah.

Saya dapat hidayah tu masa saya belajar jurusan Sains Fizikal (Modul II) di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Biasalah, bila kita dah jauh dengan parents, of course kita rasa sunyi dan rindu kan? Tambah lagi masa saya kat sana memang tak kenal orang langsung. Cuma ada sorang je kawan. Masa tu memang tak tau nak mengadu pada siapa. Tak tau nak menangis kat mana. Masa dalam proses study tu, saya mula terdetik. "Bolehkah aku?" "Mampukah aku nak belajar benda ni?" "Dengan siapa aku nak minta tolong?". Saat tu pulak classmate buat macam tak endah. Maybe just misunderstanding kot. But alhamdulillah kitorang macam family dah sekarang. Okay continue... Masa tu memang rasa tertekan sangat. Terdetik lagi dalam hati. Masa tu dah nak masuk waktu maghrib. Hati terdetik "Nak buat solat taubatlah". 

Ya Allah, masa buat solat sunat taubat tu, sujud yang terakhir sujud lama memang menangis. Dan terus terkenang dosa-dosa dulu. Nasib baik masa tu roommate semua busy buat kerja masing2. Tak adalah kantoi menangis :'D Masa tu memang terus salahkan diri. Masa tu jugak saya rasa dekat sangat dengan Allah. Dapat rasa yang Allah sedang memerhati. Allahu, sangat rindu saat tu. Dan sejak tu saya sentiasa rasa sedang di perhati. YES! Allah sedang memerhati. Allah Maha Melihat kan, kemana pun kita pergi Allah tetap nampak kita. Saat itu jugalah saya mulakan dengan melabuhkan tudung. Dan alhamdulillah saya suka imej tu. Saya teruskan perubahan dengan melonggarkan pakaian. Pakai baju kurung memang selesa. Sampaikan nak keluar pergi mana-mana pun rasa macam nak pakai baju kurung. Tapi saya tau saya tak mampu nak pakai baju kurung setiap hari, saya terus cari baju yang longgar bila sampai je KL masa dah habis Matrik. Dan sekarang masih lagi mencari dan terus mencari cinta Allah. Perubahan demi perubahan saya nak buat. InsyaAllah. HIDAYAH BUKAN UNTUK DI NANTI, TAPI UNTUK DI CARI :)

Sebab tu orang kata,

Tidak ada benda yang mustahil melainkan ianya tidak di datangkan dengan usaha.

Pintu taubat Allah itu luas.

Usahalah. Berdoalah. Bertawakal lah. InsyaAllah Allah akan beri kejayaan di sebalik 3 itu.

Jika terdetik walau sedikit untuk berubah, terus lakukan perubahan itu.

Berfikirlah secara positif. InsyaAllah yang munculnya juga positif.

Alhamdulillah, terima kasih akhi ukhti yang sudi membaca. Sekadar ingin berkongsi. Semoga sama-sama menggapai cinta Allah. InsyaAllah. Salam Ukhwah :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Running Man dan K-Pop

Assalamualaikum w.b.t and hello!


Akhirnya! Buka juga blog Fatin yang dah lama terletak dalam stor Google ni. Fuhhh! Fuhhh! Fuhhh! Haaa, bersih dah pun blog ni. Berhabuk bukan main banyak lagi. Bila dah buka blog ni, macam-macam cerita lah nak cerita kan? Biasalah, bila orang dah minat nak bercerita dan menyuarakan pendapat. 

Sekarang ni Malaysia telah di gemparkan dengan reality show dari Korea yang sangat sangat sangat sangat popular. Apa dia? Tak payah sebut rasanya korang semua dah tau kot kan? Haaa siapa tak kenal Program Running Man dari Korea tu. Orang yang tak minat K-Pop pun boleh minat dengan rancangan ni. Tak percaya? Nak bukti, teruskan membaca! :)




Saya sendiri pun sebenarnya bukanlah peminat K-Pop. Masa saya sekolah menengah, sedang orang lain sibuk bercerita pasal Running Man saya bawa diri jauh-jauh sebab memang tak tau pun apa itu Running Man. Tapi since masuk Matrikulasi, dapat pulak roommate yang memang peminat K-Pop habis sampai semua drama Korea dia ada. So saya pun menyelit lah sedikit untuk menonton drama-drama tersebut. The 1st drama yang saya tengok is Playful Kiss. Haa drama remaja yang sangat romantis dan sangat memahami jiwa remaja :D

Sejak daripada tu, saya terus copy semua episode Playful Kiss tu sampai special episode saya ambil dari roommate saya tu. Then lepas tu dorang buka cerita Running Man yang terdiri daripada 7 orang peserta tetap (Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Gary, Haha, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo, Ji Hyo) dan ditambah pula dengan tetamu dari artis, atlet dan orang terkenal Korea. Masa tu episode 100 lebih tak silap. Masa tu dorang bukak yang memang game dia best + gelagat peserta yang sangat lawak. Memang melekat terus lah depan laptop time tu. Haha lepas habis je episod tu, saya terus copy semua episode Running Man tu dari episode 1 sampai 100 lebih yang kini dah mencecah sehingga episode yang ke 150. 

Nak bukti lagi, abang saya yang bukan peminat K-Pop tu juga sekarang dah minat K-Pop since dia join saya tengok Running Man kat dalam laptop. Sampai dia dengar lagu K-Pop and cakap "best jugak lagu K-Pop ni". Haaa baru tau best? Belum tengok tarian K-Pop lagi. Memang melekat ahh. Haha :D

Apa-apa pun nak nasihatkan jugak. Boleh nak minat sesuatu. Tapi jangan sampai lalai dan jangan sampai jadi lagha. Ye adik-adik, akak-akak, abang-abang. *eh? Abang? Ada ke yang minat K-Pop? Ada kot. Haha :D


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

Q & A about Matriculation College

Assalamualaikum w.b.t and hello !
 
Dah lama tak update blog kan? Almaklumlah busy memanjang. And alhamdulillah, syukur pada Allah sekarang ni saya dah graduate dari Kolej Maktrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Anything about matrik you can ask me on Twitter or Facebook :) A lot of question yang saya dapat after balik dari KMPP tu. Haa ni lah antaranya:
"Fuyoooo Matrik. Pandainyaaaa"
Sekarang ni Matrik dah senang masuk. Bagi yang Melayu tu boleh je mintak. Dapat or tak rezeki masing-masing. But once you dah dapat. Akak nasihatkan, jangan sia-sia kan peluang yang dah diberi. Bukan senang nak dapat pendekkan masa pengajaran kan?

"Kat Matrik best tak kak?"
For me lah, KMPP is the best masa under KJ (pengarah lama). Masa tu, kitorang boleh keluar setiap minggu, outing baju biasa and koperasi ada je. But, yang sedihnya beliau dah bersara dah masa kitorang study kat sana. So, bagi yang baru dapat tu akan berdepan dengan pengarah baru. I don't know la how to say. Wink ~.^
Haa lagi best kat KMPP, korang boleh tengok SUNSET sangat cantik. Especially bilik yang menghadap astaka (padang bola sepeak). Seriously, tak tipu. Sebab bilik saya tu betul2 menghadap astaka. Sangat cantik! Subhanallah :')

"Susah tak Matrik ni kak?"
Haa soalan macam ni memang always lah student akan tanya bila dapat tawaran ke Matrik. Study tu, what I can say kalau ada effort, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. You know what I say right? 

"Akak, dengar cerita matrik ni tak ada masa nak outing2 ni. Kena focus je."
Okay bagi soalan ni, ramai yang tanya jugak and they always think negative untuk matrik. Actually lah kan, outing tak mengganggu sangat. Sekali sekala nak keluar release stress boleh je. Sebab kawan saya kat sana outing hampir setiap minggu, pointer 3.7-3.8. Yang penting kena study. STUDY and FAHAMkan time lecture :)
 
Itu je lah setakat ni soalan yang diterima. Yang lain dorang tanya baju berapa banyak, baju macam mana, and tudung macam mana. 
Whatever it is akak nak ucapkan TAHNIAH bagi sesiapa yang daoat Matrik tak kisah lah kat memana. And akak harap korang tak memainlah dah masuk sana okay? ^_^
TAHNIAH jugak bagi yang dapat tawaran ke mana-mana U. Semoga berjaya DUNIA dan AKHIRAT :)


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

YOUR OPINION?

Assalamualaikum w.b.t and hello !
 
so how's your life today? is it all being okay? I hope so.
and for those yang ada masalah tu, hope sentiasa tabah dan terima lah dengan ikhlas segala dugaan yang Allah beri. yaa, kita sama ada problem. and semua orang ada masalah. tak de sorang pun yang terlepas dari masalah kan? just what we need adalah SABAR dan IMAN :')

I would like to share adalah pasal kemasukan ke Universiti untuk Ijazah Sarjana Muda. okay what's the problem now? my problem is tak tau nak pilih Universiti mana dan course apa. actually dah ada dah pilihan course but dalam borang UPU tu dorang nak 12 choice. yes I know that dia tak wajibkan pun pilih 12 course. tapi, nak buat 6 pilihan pun susah. acano tu? err -.- okay memang orang kata "alah, banyak lagi masa. boleh fikir banyak masa lagi, don't worry lah, fikir elok2" but the problem is ada pulak lah angin sepoi2 bahasa Melayu ke Inggeris ke Thailand ke hape ke Fatin pun tak tau lah. dorang kata "kena isi cepat2 takut nnt susah dapat".

lahhhhh, pulak dah? see that was the problem. ada kata ambil masa yang panjang ada pulak yang kata kena isi awal2. err so which one yang patut dan betul ni actually? anyone can give some opinion? or bg lah motivasi ke apa. just leave your comment. and also. ada tak sesiapa yang boleh bagi suggestion course dan Universiti apa yang patut saya pilih? ye lah, Fatin kan student dari Matrik Penang and course Sains Fizikal. okay FIZIKA! -.- so ada yang kata Fizikal more to Engineering and I know memang tak semuanya berkaitan Engineering sebab Fatin ada jugak intai dan intip dan skodeng syarat-syarat kemasukan ke UiTM and course dia. so when I see, Teknologi Makmal Perubatan boleh je masuk. tapi tu lah, baru satu choice, lepas tu? blur dan blur dan blur dan terus tutup laptop -.-

so I hope korang boleh bagi suggestion. really2 need yourr opinion, moivation and semuanya lah yang sewaktu dengannya. please please please *buat muka cute* boleh kannn? baik kannnn? komen keyh. THANKSSSSSSS <3


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

LIFE STORY

Assalamualaikum w.b.t and hello !
 
hye lama Fatin tak update blog kan? ye lah, orang busy study. err wait wait, STUDY ke? ahaks xD 
almaklumlah, life sebagai seorang student mestilah hanya dgn buku, assignment and also quiz. and tak lupa jugak facebook/twitter. opppssss :x 
just forget it. 
 
okay, as long as I'm being a student in Penang Matriculation College kan, banyak sgt perkara yg kita tak inginkan berlaku. ye lah, something like LOVE, LIFE and FRIEND. about LOVE, biasalah kita dtg Matrik nak study kan? tapi nak buat macam mana bila perasaan suka/syg tu dah dtg kat diri masa kita kat sana. kita cuma kena kuatkan iman je untuk tak terjebak dlm lembah maksiat dan zina :)
 
p/s : jgn NAFSU mengawal kita, biarlah diri kita yg mengawal NAFSU dgn IMAN yg kita ada.

about LIFE pulak, biasalah bila kita berada kat atas, ada je lah org yg dengki dgn kita kan? almost something like JEALOUS dgn kebahagiaan/kecemerlangan kita. ye lah, sifat manusia zaman sekarang ni kan, mana boleh tgk org senang sikit, mulalah dia tak senang duduk. so, just follow je lah kan, hati kena tabah lah kan. 

p/s : jgn pernah takut untuk GAGAL sebab KEGALALAN itulah kadangkala yg membuatkan kita BERSEMANGAT untuk menjadi org yg BERJAYA.

so, whatever it is, segala apa yg berlaku masa Fatin kat Penang tu, Fatin terima dgn seadanya. Fatin pun nak lupakan segala kenangan pahit kat sana. ye lah buat apa nak kenang benda yg dah lepas kan? and buat apa nak ingat dkt org yg tak ingat kat kita kan? so let it be, I just look forward. kan? hidup mesti di teruskan kan? tak gitu? hee

okay gtg, if ada masa lagi, Fatin update. bye! ^.^


THANKS SUDI MEMBACA ^.^

This blog since September 2011. ©Copyrighted by Atyn Photolover. Please do not copycate this oke !